Monday, September 30, 2013

911: Perjumpaan Tergempar Meja Kembar #memuah

Salam Senin!

Sabtu lepas, ke IKEA dengan Ena dan Amir. Nak jumpe #memuah. Sayangnye kali ni Wafa tak dapat hadhir akibat kecacaran kulit. Hehehe moga cepat semboohhh (ke dah semboh? hehe)

outfit of the day katako. aku senornye pakai skirt sebab nak simple2. ujung2 dah macam melebih pulak. hmmpphh #konsepgagal
Sebenarnya Zona turun KL hah. So.. mana yang dapat hadhir opkoslah cuba untuk tidak melepaskan peluang bertemu dan bermesra kihkih. Aku dan Ena sepasang lambat sket sampai, ini seme salah roti canai! Roti canai dayus! LOL

Masa sampai kat kafir IKEA tu, Mat Keri tengah beratur nak beli mekanan. So Ena dan Amir pegi join peraturan tersebut. Aku lepak dengan Zona, lebih pada nak cop tempat je senornye hehehe.


Zona beli masker pelbagai masker.. dia soh pilih hehehe

aku order DVD Revenge dengan cite korea, Zona bagi jeruk salak. yeaaaay mekasih Zona!!!

 Kemudian mereka pun tiba membawa makanan.. apalagas, makanlah!

menikmati makanan mewah di kala belum bergaji

seken round
Kemudian Iza dan anak beliau sampai. Makan makan. Kemudian Jard dan adik beliau sampai. Makan makan. Jard pergi. Kemudian Kapten sampai. Kapten kene beratur beli makanan sebab lupa nak belikan portion beliau. Sementara tunggu Anul sampai, kita sembang makan-makan dan ketawa ketawi hahahahahha bunyiknya.
 
makanan 2nd round sebab 1st round dah abes, tak sempat nak bazirkan hehe
 
mana tah Anul masa ni?

aku ingat lagi kenapa Mat Keri gelak besau ni, tatau la dia ingat ke tak. bwahahahahha
Kitorang dok kat kafir tu je 3 jam hokeh. Biaselah #memuah kalau dah jumpe. Itu pun sebab orang dah silih berganti dok menjeling. Kot tak.. ntah-ntah siap Wafa dah baik dari kecacaran baru nak angkat bontot kot. Lulzzzz

Ruginya tak amek video masa kitorang beramai-ramai mengabiskan mitbol dak Anul, makan sorang sebijik  dah serupa mission dalam RunningMan. Anul je makan dua bijik, konon macam Gary makan bagi pihak Ji Hyo la.. Hahahahaahah!! #lawakrunningman

Lepas solat zohor, sambung meronda dalam IKEA. Yelah.. ade yang tak penah sampai (tak sampai ati plak tetibe nak panggil ashabul kahfi kihkih) so kena laa bawak melawat kawasan. Aku cuci mata jelah since tak gaji. Ceh.. cakap macamlah kalau dah gaji tu nak angkut lemari ke sofa ke kan. Memang taklah. Hehehe

xiyad tak interested langsung, orang tua lain seme plak yang teruja lebih kihkih

smile la hawau!

Mat Keri, Mat Masy, Mat Kapten dan Mat Zona. kami seme bujang lagi. pinanglah kami #rayuanharipahlawan



pantang jumpe cermin aneh sket!
Lepas merayau dalam tu dan solat asar, kami dibelanjai eskrem, air mineral dan karipap IKEA oleh Zona dan Ena serta Amirlah kot. Adekah Anul pun terbabit jua? Entah. Yang pastinya.. kami, #TeamGajiHariIsnin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kerana kesudian membelanja kami dengan sepraisnya. Duit yang ade di celah dompet telah kakak simpan rapi heheheheh.

Sampai rumah pukul 8 lebih gak. Mekasih Ena n Amir sebab sudi tumpangkan.. dan amek serta hantau kakak.. i iz terharu mihmihmih. Mekasih Zona untuk jeruk n masker. Ehhh bak sini no acc ko, nak duit tak? :D

Yang lain, kita jumpe nanti ye! 

































Friday, September 27, 2013

910: Merungut

Pagi tadi sesampai je kat opis, aku tengok report atas meja aku ni leper je. Padahal semalam aku ada letak sebatang pen dalam report tu sebab aku tengah cek lagi. Kiranya buat penanda laaa.. nanti senang hari ni aku boleh terus sambung cek, takyah nak cari-cari lagi.

Naik pulak darah aku tetibe. Shuuuuttttt naik atas kepala.

Sambil bebel sorang-sorang, aku cari pen tu. Pen kesayangan la jugak. Sebab pen tu 3 in 1. Ade kaler itam, biru dan pensel. Spesel giler pen ni. Aku ni dah la jarang sangat beli pen. Ni kirenye memang harta beli sendiri la kiranya. (satu perenggan ni seme ayat merungut la ni)

gambau semalam. haa tu lah pen nye. mahal tu! empat hengget lebih.

Arghhh mana peginya.

Akhirnya ternampak. Atas meja Adik Tinggi. Errghhh mamat ni kan. Ok malas nak sambung, nanti kang abes semua aku ungkit pulak nanti.

Pegi sarap. Merungut dalam hati. Ada sesetengah benda ni memang takleh nak diluah. Takut tersalah cakap. Takut melarat. So.. kita merungut dengan diri sendiri jelah. Mudah. Kalau terlajak kata pun, takde sape tau sebab cakap kat diri sendiri je hahahahah!

Dah setel makan. Hmmmm. Oklah. Benda kecik je. Malas nak bising.

Tamat. Kisah hati yang mudah nak terasa dan marah dua tiga hari ni. Nak period lettew kata orang. Walhal di hari biasa pun sama je. Cuma tahap toleransi terhadap sesuatu isu tu je yang bergantung pada hormon.

Itu aku la.. orang lain tatau la plak.

gambau semalam yang tiada hala tuju

Sekian terima kasut.

Wednesday, September 25, 2013

909: WW - Bini MatYo Kurang Ajar


Sori gambar takde kaitan dengan tajuk. Lulzzz

Friday, September 20, 2013

908: Nak apdet, tapi..

.. gambau-gambau Melben hari ke last tu tak dapat lagi. So... keep on waiting la ye. Tu pon kalau ade yang nak tunggu laaaaa.. hehehhe

Hershey's Pie, bege (rege asal 7 ringgit plas plas, dapat rege RM1.88) dengan air. Seme skali RM6 je kat Burger King aritu. Ade promosi apetah tak ingat. Untung tak kak baby? Untung kaaaaaaaannnnnn

Wednesday, September 18, 2013

Wednesday, September 11, 2013

Monday, September 09, 2013

905: Birthday Bash at Janda Baik

Salam senin seme!

Sebenarnya nak sambung entry Melbourne, tapi gambau-gambau untuk hari last tu disimpan dalam pc yang baruuuuuu je korap laswik. Sakit tak hati kite?So.. aku cite mende lain laa dulu eh, nanti dah dapat gambau-gambau yang lain tu baru aku sambung entry Melbourne. 

Siap mintak kebenaran, macam la ramai nau yang baca HAHAHAHAHA.

Sabtu lepas bersamaan 7 September baru ni ha, aku dan kengkawan skolah yang terpilih (pilih diri sendiri) telah mengangkut diri kami ke Janda Baik. Janda Baik lagi? Saje.. sebab mereka yang diraikan tu tak penah sampai lagi ke JB ni haa.. so bole la. Cumanya dulu kitorang stay kat chalet, kali ni kite dok kat resort. Curlastssssss~~~

Gerak dari umah pukul 10 gitu kot.. ke awal sket? Naik komuter stret sampai Batu Caves. Kat stesen Pantai Dalam, si Esah pun join naik komuter. Dah sampai Batu Caves, tunggu Cek dengan Liana datang kutip. Pastu teruslah berambus. Singgah mekdi sat sebab Esah nak belanje yihaaaaaaaaa.

Sampai kat D'Ark Resort tu pukul 12 lebih.. tapi takleh nak check in lagi.. yelah kan check in pukul 3. Tapi kitorang dapat masuk awal sketlah.. seiring dengan azan zohor gitu.. hehehe. Cadang nak potong kek tepi sungai, skali dengan mandi manda tu lepas asar. So.. layan RunningMan sambil kobet tab.

Aku up gambo ikut suke ni. Malas nak susun.


gambau lepas mandi sungai



sedap giler kek ni. order dengan member gak. Salted Caramel ke apetah namanya.. sedap nak meninggal

ni masa dah sampai kat depan bilik hehe

ni posing dekat bus stop area stesen Batu Caves


ni gambau masa dah nak balik. hahahaha lantak








ni gambau ari ahad. tak dapek nak mandi sebab leceh ah nak angkut baju basah bawak balik S Alam







ni masa mula-mula sampai.. kihkih



bilik kitorang. toilet ade dua. takde tv tapi takpe.. hehehe

pemandangan luar

pemandangan belah kanan

yang penting jamban selesa giler

tempat minum

nak keeeeekkkkkk

ni gambau ari sabtu hehe

Rozan dan Esah - yang dirai

giler banyak makanan, aku datang bawak perut je siyesly


tetibe nampak kurus like hekeleh



bawah tu dewan makan tapi kitorang takde dapat brekpes. tatau la memang tak dapat ke or dorang ni yang tak tanye




cantek tempat ni..



tengok je orang mandi huhu


tak abes-abes bersosial

Esah belanje lagi! mekasih Esaaaahhhh



kat Pahang tapi tangga guna tangga Melaka. hehe




konon-konon tengah tengok ayam bawah rumah


kemho dengan Liana

eh patah balik gambau hari sabtu haahaahahha

bersiram


khusyuk telentang dalam sungai








ni gambau hari ahad time nak balik



Sekian.. mekasih kawan-kawan! Birthday aku tahun depan takmo kat PD, pls! Kalau kat PD pon, nak tempat power-power ye. Hehehhe