Thursday, November 28, 2013

925: malu woi!

Adoyai..

Semalam kan. Aku pegi petronas, nak cocot duit. Skalik tengok mesin ATM dah bangkrap (abes duit). Pastu masa nak kuar, aku ternampak seseorang. Oh. Lecturer aku dulu. Sekarang ni dia terlibat gak dengan salah satu projek kat opis aku, kira macam subcon lah. Kalau jumpa kat opis aku tak tegur sangat dia, sebab rasanya dia dah tak ingat aku dah kot. Hehe.

Tapi kali ni. Aku pegi jelah kat dia, dah alang-alang dia pun nampak aku.

"Puan..", aku tegur dia. Dia pun senyum.
"haaa awak, apa khabar?" hulur tangan. Aku pun salamlah.
"sihat je.. puan sihat?"
"sihat.. awak keje mana sekarang?"
"kat ***lah", jawab aku dengan yakin sambil senyum.

Berkerut dahi dia. Aikk.. takkan tak membunyikan loceng bila aku sebut nama opis aku?

"oooohh.. ***.. haa sajelah tanye kot keje tempat lain", kata dia.
"taklah.. saya memang kat situ je.. hehehe"
"sape lagi budak kita yang keje kat situ?"

Bla bla bla borak. Pastu aku pun mintak dirilah sebab nak cari ATM. Tetibe aku teringat sesuatu, dan terperasan samting.

..


..


..


AKU SALAH ORANG LAAA!!!

Memang laa puan yang aku jumpe kat petronas tu lecturer aku. TAPI BUKAN DIA YANG JADI SUBCON KAT OPIS AKU!!

Malunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Nasib baik aku tak sebut nama. Kalau tak, mana nak sorok kemaluan? (mestilah dalam suar pende). Sepanjang perjalanan tu tak abes-abes aku mengomel dalam kete sebab nak ilangkan rasa malu. Tapi malam tadi laa baru ilang.

Ni dah ingat balik ni, malu balik. Urggggghhhhhh.

Monday, November 25, 2013

924: ok~

 
Tapi bukan semua orang boleh faham.
Kan.

Takpelah.

Friday, November 22, 2013

923 : dah nak dekat bday ni.. 2.0

So previous entry telah diambil perhatian oleh rerakan yang berkenaan. Kecuali ipad mini, barang-barang lain insyaallah akan disediakan oleh mereka. Untung takkkk hehehe.

Apart of that. Agaknya apa yang aku teringin?

aku mahu dia.

Betul ni. Kalau sape-sape kat sini yang kenal dia personally, mohon sampaikan hasrat aku ni ye.

Aku mahu
di harijadiku
bersama dia
togede-gede
kendelaitdinner
di pejabat kadi

Plis.

Wednesday, November 20, 2013

922: dah nak dekat bday ni..

dekat laaa sangat kan.
walhal ade dua bulan lagi
lantak!

i got few things in mind.
untuk adiah besday yang bakal dimintak
orang-orang terbabit dah mula mintak senarai ni
so..
inilah yang dalam kepala sekarang

antaranya
totebag

lawa yang belah kanan tu kan?

tapi nak yang tali panjang macam ni
tapi..
aku ni sebenarnye cepat lemas kalau beg sangkut kat seblah bahu ni
takat pegi opis tu bole la
kalau nak jalan-jalan
macam rimas
sebab bahu aku kan senget sebelah
hmmmm

mebi beg macam ni ke

tapi tak minat laa bunga-bunga

haaaaa kalau macam ni lawa gak!
pastu terpikir pulak windbreaker
yelah sekarang ni kan aku tengah rajin jogging
jogging malam lak tu
aku ni dah la pesen susah nak berpeluh
so pakai sweater la baru kuar peluh
sekarang ni dok latam sweater pink tu
hari-hari pakai
takde sweater lain :(

cadangnye
nak tambah lagi satu
contohnye...

macam ni ke, lawa lawa lawa

macam ni ke
tapi mahal la pulak
hmmmmm

lagi satu

pedometer! takde kaler pink ke eh
sebenarnya
aku nak..


tapi tak relevanlah nak rekues
kau hengat kau sape nak mintak ipad?
kot ade bapak gula boleh laa
lulzz

*seret kaki*

Friday, November 15, 2013

921: kemalasan ini membunuhku


sebenarnya
aku dah terlalu hampir dengan putus asa
dalam banyak perkara
hampir
jarak sehelai rambut

tipis dan nipis

mungkin
kerana tak nampak jalannya
tak ketahuan mana akhirnya
jadi sesekali
akan datang rasa dalam hati
untuk mahu pergi

mujurlah
selain rasa mahu berputus asa
aku juga ada rasa malas

makanya
masih lagi aku di sini
memandang dia
berdiri di sini

kerana aku juga malas untuk berputus asa


makin hari makin tebal rasa berdosa.

Wednesday, November 13, 2013

920: macam cantek jeww.. macam comel jewwww


Ya Allah,
Kau tetapkanlah imanku ya Allah
Kau berilah aku petunjuk dan kekuatan
untuk menempuh ujianMu
dalam bentuk smartphone Leenovo P780 ini..


amin.. amin.. ya rabbal 'alamin.. #raupmuka

Thursday, November 07, 2013

919: Good habitlah kot

kalau tak nampak, klik je.. takde sape marah pun kihkih

Ye. Aku ade perangai yang.. hmm bukanlah pantang sangat, tapi agak lah...

Kalau naik kete, 1st thing yang aku akan buat selepas duduk ialah kunci kete dulu. So.. bila naik kete orang pun, memang itulah antara perkara pertama yang aku sebut selain dari bagi salam ke ape ke. Tak kiralah aku dok belakang ke, dok sebelah ke.. kalau ko leka, nanti sedar-sedar je ko akan nampaklah tangan aku menjalar pegi tekan punat kunci tu lullzzzzz. Selain itu, aku turut bertindak mengunci kereta tatkala mengisi petrol dan juga mengepam tayar. Githoo.

Dengan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi ni.. aku percaya mende-mende macam ni penting diamalkan oleh kita semua. Terutamanya single laydaaah macam aku ni, macam Zona, macam Anne, macam sape lagi? Macam kita-kita ni laa. Kau pun walaupun dah berlaki, dan beranak - lagi laa patutnya menitikberatkan mende ni, betul tak?

Usaha. Kalau dah usaha pun tetaplah dirompak, diculik dan dibunuh (nauzubillah mintak dijauhkan), sekurang-kurangnya kita dah usaha untuk mengelakkan mende tu jadi. Usaha dulu, baru tawakal - itulah konsep sebenar dalam kehidupan kita sehari-hari ni ecewah.

Dan sebenarnya. Ada satu lagi sebab kenapa aku jadi alert macam tu.

Dulu kan. Masa aku baru-baru dapat lesen, bapak aku suruh drive van tu gi KL. Pastu.. masa tu dah masuk area Sepang sane, aku nak masuk simpang tau.. sekali.. pintu kete terbukaaaaaak. Ye, pintu belah driver iaitu belah aku tu laa terkangkang gituuu. Teruk aku kene marah dengan bapak aku. Sabau jelah. Memang lepas tu trauma laaa aku kalau tak kunci kete ni. Lulzzz

Sekian. Kuncilah kereta anda walaupun negara kita aman - demi keselamatan.

Friday, November 01, 2013

918: pe-ra-sa-an

snap masa gi site
Rasa macam..
takde hala tuju hidup

Macam biasa
hidup mesti kena terus

Apa yang ade depan mata tu
Kita jalan jelah

Kalau ade pintu pagau,
kita bukak

Kalau pintu pagau kunci,
trylah bukak jugak

Kalau takleh
banyak lagi jalan lain bole guna..

The thing is..
jalan lain tu..
kita bole lalu ke tak?

Hmmmmmm...