Friday, December 27, 2013

929: Last Entry Untuk 2013

Salam semua.

Lepas ni bila aku update (kalau panjang umurlah - which I hope - walaupun takde niat nak hidup menongkat langit), insyaallah aku dah selamat berumur 34 tahun. 34. Bujang dan takde boipren. Takde orang tekel. Kah. Hmmmmm..

Aku menyaksikan hidup aku berubah dalam 10 tahun ni. Ada yang jadi baik, mostly tidak. Dan aku malu. Dengan Tuhan. Jadi aku redha. Kalau doa untuk mendapatkan jodoh tu Allah put on hold sebab Dia nak aku jadi baik dulu, baru boleh Dia bagi. Dan kalau ditakdirkan sampai mati pun aku masih lagi sorang-sorang, begitulah. Aku akan sedih, ye aku tau. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk aku, redhalah.

Aku ada terbaca, bila kita rasa doa kita tak dimakbulkan sebab kita jahat, itu pun sebenarnya salah satu tanda kita bersangka buruk pada Allah. Oh tidak Ya Allah, aku tak pernah macam tu. Aku jarang berdoa sungguh-sungguh bukan sebab aku angkuh. Aku jarang berdoa bukan sebab aku tak mahu. Aku jarang berdoa sungguh-sungguh sebab aku malu. Aku tak layak meminta apa yang aku inginkan. Kalau diberi, aku jadi malu lagi. 

Makanya setiap kali lepas solat, satu-satunya doa yang aku mampu lafazkan.

selamatkan aku dari seksa api neraka -_-"

Dia lebih mengerti.

Salam Tahun Baru, korang!

Friday, December 20, 2013

928: Lemari


Saya perlukan lemari begini.
Sekarang.

Paling best kalau dapat macam ni..


Macam ni ke..


Ini semua harapan.
Tak sepadan dengan keluasan bilik.

Hmmmm...

Monday, December 09, 2013

927: Big Bad Wolf 2013. dega wolf dega wolf, awooooooooo

"dega wolf, dega wolf - awooooooooo" - EXO, Wolf. saje ubuh soundtrack sepam kahkah #hambar

Salam semua! Harap semua sihatlah. Aku macam ni jelah, sama je selsema dan batuk. Hehehe.

Last wiken, Zona sudah turun KL dan mengajak aku serta Keri untuk pegi ke BBW tu. Aku masa tu macam ok, macam nak kensel pun ade sebab siang tu dah puas berjalan ke IKEA dan Curve sanun. Tapi bila dah otw balik umah tu, rasa macam ok plak. So..

Malam tu sempatlah aerobik seround, makan ubat seme. Pukul 10 malam aku pun gerak ke Puchong, letak kete kat Pelita, naik kete dengan Keri dan pegi amek Zona kat LRT Seri Petaling. Dari situ ke Mines, Keri suruh Zona drive. Hahaha untonglah merasa drive Swift! (aku teringin nak drive tapi bukan pada hari kejadian. not well plus tak reti jalan nak ke sane). 

Punyelah jem. Dengan ade kete rosaknye, tapi memang sesak nok mapuh la. Akhirnya menjelang pukul 12.30 malam barulah kitorang dapat masuk ke dalam dewan MIECC tu.. ramai orang dah nak balik dah. Yang nak masuk pun ramai gak tapi tak seramai yang nak baliklah. So.. bergerak-geraklah kami kat dalam tu.. To be honest, aku memang tak letak aim nak beli ape-ape sebab aku tau dalam ni sure seme buku English. Aku bukannya baca sangat ahahhahaha~ Tapi takpe.. kite round dulu..

Sudahnya, kitorang kuar dari tempat kejadian tu pukul 4.30 pagi. Makanya hasil tangkapan aku hanyalah seperti berikut..


dituduh saiko oleh Keri sebab terlampau gembira menemui buku ini



"berilmiahnye buku-buku kau", ujar Zona seusai beliau membelek hasil tangkapanku. Hahahahahaha.Selain itu, aku turut menyambar subinier bertajuk t-shirt. 

awuuuuuu!!~~~

Amek gambo sat lepas soping.

tengok ah tu Zona snap pic aku tak nampak ayat penuh! huhuhuhu

Keluar dari tempat kejadian, cari tempat nak sarap. Akhirnya berenti kat RnR apetah, solat subuh dan terus sarap mekdi. Kemdian terus antau Zona ke stesen LRT dan aku ke kereta sendiri. Jejak umah pukul 7.30 pagi. Ini bererti sudah 24 jam aku tak tido sejak bangun pada pukul 7.50 pagi sabtu tu. Tahniahlah!

sarapanku

Sekian pengalaman saye sebagai newbies dalam bidang #BBW untuk kali ni. Assalamualaikum..~~~

Friday, December 06, 2013

926: tak sihat!

Salam everybody!

Masuk hari ni, dah 5 hari aku tak sihat. 1 hari MC, 1 hari amek je EL, dan belennye sekarang ni lah. Batuk. Selsema. Demam. Tapi demam macam dah ok bila masuk hari ketiga.. Bila jumpe doktel aritu pon, bole tak ayat pertamanya ialah...

ye Masyita.. ada ape pulak arinie.. baru je aritu kita jumpa

Hahahahah! Ye ke? Bila korek-korek balik memori.. yelah. Aritu aku datang sebab gastrik. Hukssss. orang banyak dosa memang macam ni lah, doc -_-"

Sekarang ni yang teruk hanya batuk dan selsema jelah. Selsema macam kejap ade kejap takde. Batuk.. hmmm.. Tapi batuk kali ni aku rasa ok laa. Sebab setiap kali batuk, kahak akan keluar. Takde laa pesen batuk yang acah-acah gatal tekak tapi tak kuar mende. Yang pesen tu lagi sakit. Udah le sakit, menyakitkan hati. Hahahahaha!



Suara aku pun dah bertukarrrrr menjadi seksi ya Auloooh. Walau bagaimanapun, bersyukur jugaklah. Suara bertukar, tapi tak sakit tekak. Bagi aku itu dah cukup besaulah rahmat Allah bagi. Kalau sakit tekak, ko nak makan ape pun tak lalu. Dah kalau tak lalu nak makan, cemana nak cepat baik. Kan? So alhamdulillah.. Orang nampak aku macam parah benau je, tapi aku rasa ok la - not too bad.

Selain makan ubat, satu lagi usaha yang aku buat untuk kontrol supaya tak bertambah parah kesakitan ini semua ialah mandi air panas. Kat umah aku ni aku tak pasang heater, so bertabahlah pagi-pagi tenggek air, malam pun bertabahlah mandi air panas walhal badan berpeluh akibat tak sihat + aerobik or jogging. Takpelah, bukan selalu. Lagipun best ape mandi air panas. Sesekali bestlah. Hehe


Mandi air panas time batuk ni aku tataulah petua sape ke or aku yang memandai buat sendiri. Tapi aku berpendapat dengan yakinnya bahawa mandi air panas dapat mengurangkan pengumpulan kahak dalam dada ittew. I mean.. takde la dia jadi 'keras' kat dalam, sebab kena air panas kan. Kalau batuk pun elok jugak minum yang panas-panas. Ntahlah, aku buat ikut logik je. Tapi alhamdulillah, walaupun tak drastik sembuh, etlis takde la bertambah parah. So.. boleh pakai la kot petua ni. Batuk = mandi air panas. Selsema, apatah lagi. 

Bila bangun pepagi tenggek air nak mandi air panas ni, teringat lak zaman aku kekecik dulu. Memang aku dari kecik sampailah darjah 6 dah dibiasakan mandi air panas. Manja mengada ke aku agaknye masa tu, aku pun tak ingat. Yang aku ingat, pukul 6 mak aku kejut suruh mandi n solat subuh. Time tu dah ade dah cerek siap dengan air panas dalam bilik air. Memang takde alasanlah nak lengah-lengah mandi. Yelah kang kalau lengah, sejuk lak air tu kehkeh.

Oklah, nak sambung sedut hingus. Doakanlah aku cepat sembuh ye :)