Friday, January 10, 2014

933: Pelupa

Salam!

Aku rasa aku takde la penyakit pelupa yang kronik. Terlupa nak tutup pintu rumah ke misalnya, atau lupe nak tutup api dapur ke. Tapi ade gak laaa sikit-sikit. Kadang tu sebab macam banyak sangat benda nak ingat. Ceh.

Kau tau apebende yang paling annoying sekali bab pelupa ni? Bila kau kene ulang-ulang buat satu benda semata-mata sebab kau tertinggal satu benda. Contohlah. Kau pegi tesko, niat asalnya nak beli barang masak. Tapi bila dah balik baru kau teringat, kau terlupa nak beli plastik sampah (misalnya). Terpaksa pulak singgah kedai lain. Pastu dah sampai rumah, aaahhhhh terlupa beli starter lampu!!!

Sabau jelah.

So tadi aku gi tesko. Dah alang-alang nak setelkan hal opis, aku singgahlah beli barang masak untuk dinner. Dah sampai opis baru teringat.

- lupe nak beli kentang
- lupe nak beli daun bawang
- lupe nak beli lemon sebijik
- lupe nak beli starter
- lupe nak cari pendrive

Memang takde kaitan senarai barang-barang kat atas tu dengan dinner malam ni. Ni seme nak pakai esok. Geram tak. Faham tak perasaanku? Geram dengan apepon tatau. 

Takpelah. Ada hikmah barangkali. Mebi petang karang masa aku singgah aeon big area rumah aku tu, sekali terlanggar troli abam Fahrin ke. Lantas kami jatuh cinta pandang pertama. Lalu bertukar-tukar no phone. Lalu keluar dating. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berkahwin denganku. Lantas ada press conference mengumumkan majlis perkahwinan kami. Lantas kami pun bernikah dengan penuh kesederhanaan. Lalu kami pun pergi honeymoon.

Korea.
Paris.
London.
Venice.
Egypt.
Jepun.

Segalanya bermula kerana pelupa. Hehehehe. Eh seronok pulak rasanya. Tak jadik ah nak geram.

malunyeww titewwwww

2 comments:

zonaku said...

over!
hahahahahahahaaaaaa


tapi aku doakan ia jadi kenyataan....
dengan syarat, bawak aku n sekali p honeymoon sama2.. pasangan memasing la tapinya.. x mo syer!

Masy said...

hey mana bole ikot!