Wednesday, February 12, 2014

937: macam tu lah.

Bila orang yang kau sayang mengadu
Dia stress
Apa respon kau?

Adakah kau akan tanya
'kenapa?'
Atau kau sekadar
'oooo..'
Itu saja.
Sebab kau tahu
Dia memang dalam lingkungan stress sentiasa
Dan dia mampu tangani hal itu sendiri
Seperti biasa
(?)

Aku cemburukan orang yang punya seseorang
Yang boleh berkongsi bukan takat perasaan
Sayang cinta dan rindu
Tapi segala perasaan yang ada
Termasuk yang tidak enak
Bukankah begitulah adatnya berpasangan?

Mempeduli dan dipedulikan
Bukan setakat hobi mengisi waktu terluang
Atau dijengah hanya bila kau tiada siapa

Mungkin salah aku
Terlalu mengharap dan meminta.
Lalu perasaan yang tidak enak ini
Ditelan seorang sahaja.


10 comments:

otaktepu said...

alololo...macam sedih je

Masy said...

nak hempon satu.

emak. bukan penari tiang said...

Deep...

Menusuk sampai ke dlm genie bra punya deep.

Masy said...

genie bra saiz S ke M? kahkah

Sham Yusoff said...

Pergh... lama gila tak melawat kotak hujan

Masy said...

haaa baru pasan kewwww haha

zonaku said...

akupun sayang kat ko jugak.... meh cerita kat aku meh...

insyaallah i always make time for a friend that worth it.


FYI, i am straight.

Masy said...

hahaha

Sham Yusoff said...

ok, dah click mengagomkan... hahah

Masy said...

ah susah2 jeww haha