Tuesday, April 15, 2014

950: Trip Insan Terpilih - Langkawi (Part 2)

Pagi tu bangun solat subuh, alhamdulillah baru laa terasa ade sejuk sejuk sket. Fuh.

nak jugak bergambo sebelum keluau

Seperti yang dijanjikan, dalam pukul 8 lebih sket gitu kitorang dah siap-siap nak keluar. Ape-ape hal, sarapanlah dulu ye dok? Cari punya cari, jumpelah sejenis kedai ni. Apetah nama dia.. tak ingatlah. Dan tak kuaselah aku nak snap gambo kedai tu, dah serupa jakunisme plak nak sarap pun sibuk nak snap snap hahahah!

Aku tatau nak makan ape (ini biasalah, dilema pagi). Sekali ternampak ini.. lantas.. berselera laksana gajah yang berpuasa menjelang azan maghrib!
 
pulut, kelapa, sambal. later baru pi amek ikan masin, punyelah..auuummmm.

Aku kenyang makan mende ni sampai takyah lunch okeh. Alangkah bagusnye kalau dapat diadaptasikan ke kehidupan di Shah Alam.

Kemdian sambunglah berjalan. Memandangkan plan awal iaitu nak ke Kilim dibatalkan atas sebab bajet ketat, makanya kami melenconglah ke Underworld. Semorang pun macam tak penah masuk, so oklah nice. Masa sampai tu dorang tengah tunggu time je nak bukak pintu hehehe. Jadilah kami orang ketama yang membeli teket. Harga berharga RM30 untuk Malaysian yang membawa MyKad.


bontot pelbagai saiz dan warna

pelajaran hari ini
pingu! haroro! eh. pororo!



time ni tengok platipus kot. comel rasa nak tempeleng laju-laju

kakak belah kanan tu tengah baca kuat-kuat macam ade ujian hafazan kat situ
spider crab
shark tengah renung tajam
bengang sebab ikan lari bile orang ajak selfie

Lepas abes meround dalam tu, pegilah kat kedai duty free seblah tu. Apa namanye? Haa situlah. Survey-survey dulu.. kemdian rasa haus giler. Nak gi lunch, macam kenyang lagi. Jalan jalan lagi kot beli cekelat kat Saga, pastu balik umah sebab nak simpan cekelat (kat luau panas berdentang hoi!) dan solat. Rasanye aku macam mandi gak kejap. So dah alang-alang pulang, kami pun memotonglah akan kek yang telah dibeli malam tadi sebagai lunch kitorang lulzz..



yang putih putih tu cheese
epy bday cek & liana!

macam biasa. akan jadi tukang bahagikan kek secara adil dan saksama

Lepas tu sambung lagi jalan-jalan membeli belah bla bla bla bla. Dah petang menjelang asar tu barulah memasing terasa sedikit lapau kedaung. So semua (kecuali aku) sebulat suara nak makan laksa. Kenapa kecuali aku? Sebab aku tak minat laksa miahahahahha. Tapi bila dah sampai kat tempat kejadian, order jelah. Padahal ade je ketiaw kerang kat situ. Huuuuuu menyesal tak order.


gambar diambil ketika aku sedang mensenap..
gambau ini.

kelapa idup!


Lepas setel tu, sambung lagi shopping. Sekarang masalahnye nak cari barang aku. Sirih Lagenda dengan pulut hitam. Macam nak arwah mencarik sebab aku bukannye ingat jalan T____________T Pulut itam plak langsung tak jumpe. So konon-konon petang tu nak lepak Pantai Chenang terkubur begitu saje sebab time kitorang jumpe kedai Sirih Lagenda tu dah pukul 6 petang. Kedai tu pon dah tutup. Maafkan saye, kawan-kawan :(

Memandangkan malam tu tak kosek nak kuau, kitorang pun singgah kedai runcit, beli megi. Sampai umah, tong-tong basuh baju reramai (ade washing machine) dan menjelang malam, Esah pun masakkan megi untuk kitorang. Siap berbilas dengan kek belen tengahari tadi. Auummmmmmm

macam camping plak
ni umah kat belakang umah kitorang. tetibe rasa angker sangat huuuuu

Lepas sida baju (orang lain yang buat ehehehe), lepak depan tv kekonon nak tengok cite hantu. Macam harem tv9 takde subtitle. Berjelaga jika ku sendiriiiiiii benci aku benciii aku ingin hingarrrrr aku mau ke pasarrrrrr. Last-last tido jelah.

Sekian. Bersambungggggg

4 comments:

Mya said...

Dan tak kuaselah aku nak snap gambo kedai tu, dah serupa jakunisme plak nak sarap pun sibuk nak snap snap hahahah!

sentap kak ostajah tau!

Masy said...

eh? hahahahaha!!

patutnye awal2 tu sy kene cakap 'ayat2 di dalam entry ini tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal' hehhehhe

ampuuunnnn

zonaku said...

hahahaha....... sireh lagenda tu kedai apa?

Masy said...

kedai jual minyak gamat dan segala maknika produk berasaskan gamat.. hehe