Monday, July 14, 2014

956: Ke Korea Ke Kite! Part 1

Akhirnye datang dah mood. Tapi mood half half sebab rasa macam banyak benda nak buat. Ok.

So. Ujung bulan Mei aritu, opis aku selamat menerbangkan diri kami ke Seoul, Korea Selatan. Trip kali ni tanpa bos (yeahuuuuuu) sebab bos merajuk (yeahuuuuuuu). Flight pukul 8 pagi so malam tu aku dan beberapa orang yang lain tido kat surau KLIA2. Sejuk namamposssss.

Sepanjang penerbangan kali ni aku asik tidooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo je. Ntah apsal lena nau rasanye. Sampai kat Seoul dalam pukul 3 lebih kalau tak silap. Dah masuk waktu asar dah time tu tapi aku tak semayang so ok lah. Dari airport.. kitorang terus ke Nami Island sebab nak tido kat Sokcho. Korang gugellah map kalau nak tau kat mana seme tu.. malas nak eksplen kehkeh.

Bagusnya Korea ni adelah.. wifi ada di mana-mana. Takde paswed. Tau-tau hempon aku meletop2 dengan meses waksek. Saranghae oppa *tetibe*

Jauh perjalanan.. berapa jam tah. Tido lagi tido lagi.

airport

susu pisang is a must kata Wafa




Sampai area Nami dalam.. pukul 6 ke. 5 ke. Gitulah lebih kurang. Yang lain berterebas cari surau, aku pi tengok persiapan dinner sat. Hehehe


masa ni sejuk gak, ala-ala Melben tapi ujung-ujung

Halal Chicken Rib (Dalgakbi)

rajin ahjumma ni dok bertani dah senja-senja hah


Nak cakap. Kalau korang pernah atau biasa makan makanan korea kat Malaysia, ketahuilah bahawasanya ianya berbeza dengan yang kat Korea. Opkos kat Malaysia makanan dorang dah dialter agar sejajar dengan selera kita. Jadinya bersedialah untuk kemungkinan ko tak selera nak makan. Aku? Aku ok je seme benda wakakakakakakaka

Abes makan. Posing seround tanda peghak.

gambau gegau sebab orang len tak reti handle my presyes kemere hehe
Setel. Pastu Cik Jang - our tour guide tanye nak terus masuk Nami Island ke cemana? Aku macam.. memang bole tapi dah gelap tak siok la nak posing. So.. ke hotellah kite. Kitorang stay kat I-Park Condominium. Punye laa besau bilik hoi macam boleh muat 6 orang padahal berdua je huahahahahha sukeeeee


siap piyok nasik, kettle, dapo seme amek kau hawau

i choose katil kecik hehe

jamban yang selesa

bantal berkepuk siap extra toto watever sume

Oleh kerana aku asek tido je dalam bas, so aku takde idea langsung kat mana letaknye condo ni. Tapi aku dengau bunyik macam bunyik ombak kat luau so aku assume kitorang dok tepi pantai. Nak bukak sliding door, ade 3 lapis. Baru bukak lapis yang seken aku rasa dah nak tercampak ke sudut bilik sebab angin kuat ya Allah begitu. Makanya.. esok jelah aku tengok luau tu cemana eh. Totally tak berkaitan langsung dengan apa yang ada di fikiranku kehkeh.

Bersambunggggggggg

3 comments:

Super Nia Hana said...

sila hapdet lgggg

Hidayati Farhan said...

kak masy, kelakau namampos. hahaha. alaa update la secara detail, pehni bole jdkan belog ini sebagai sumber rujukan

Masy said...

hana,
sabau ye hehe

hidayati,
hehehe ye sabau sabau hehe