Thursday, September 11, 2014

960: Ke Korea Ke Kite! Part 4

Bersanggul kepala hotak nak nunggu aku apdet ye dok? Tu pun kalau tunggu laaa. Ok la tu sambil tunggu sambil buat sanggul. Lulz. Ok sambung.

Esok paginye selepas sarap dan birak sepuas hati (eh nak bagitau, sistem perkumuhan aku AMATLAH lancar kat sane, pepagi sebelum gerak misti birak sepikul. gaknye sebab pemakanan kot? me likey likey), kite pon geraklah. 

So aktiviti kite arinie adelah:

- ke National Korean Ginseng Outlet
- Melawat Gyeongbok Palace
- National Folklore Museum (muzium ni dalam satu kawasan dengan palace nun)
- Making Kimchi + Wearing Hanbok kat Korean Traditional Culture Centre
- Seoul N Tower
- dan menonton  Non Verbal Performance Drawing Show ‘Hero’ (malam)

Aku story by tentatif lah hoh?

National Korean Ginseng Outlet

Takde mende pon tempat ni. Melainkan ko memang berduit sebanyak dua ratus akaun dengan USD5 juta di dalamnye, bolehlah. Ginseng, what u expect la kan.

Gambo takleh amek kat dalam. Luau je boleh. K.



Gyeongbok Palace

Gyeongbok Palace ataupun Gyeongbokgung Palace ni ialah istana diraja yang terletak di utara Seoul. Kemain ayat kahkah. Istana ni sebenarnye kat dalam kawasan bandar jugak. Kiut kan? Tengah-tengah kawasan bangunan lama, dikelilingi dengan bangunan moden pencakar langit dan rahim. Kalau korang peminat tegar Running Man, sure pasan kawasan ni. Dah berapa kali dah dorang buat mission kat sini hehe.Gi gugel lah!

Nak datang, kene datang pepagi sebab dorang ade buat upacara tukau guard ala-ala Istana Buckingham jugak, tapi traditional style lah. Bolehlah feeling merentas masa gitu. Masa kitorang sampai, dorang baruuuu tiup seruling ke nafiri ke amende tah. Berlari hoii masuk kota.. hahaha. Aku nak letak video tapi takleh la plak. Layan gambau jelah semenye eh.

muka depan dari luar

upacara nak start sangat-sangat dah time ni


macam feeling tengok drama korea lak

selfie dengan abams pengawal

abam pengawal dan gendang saktinya

pintu seken


tu pintu ketiga

mende ni pon mengingatkan aku kat satu drama korea tu.. ape eh.. lupe ah

rasanye dalam ni laa Running Man buat penggambaran. kalau korang ingat yang episod dorang tayangkan footage2 zaman cast RunningMan memuda dulu hahahaha

ayam

panas nok mapuh dah time ni..

ni namo eh Gyeonghoeru, tempat untuk sambut tetamu asing n royal banquet.


punye la nak amek gambo kitorang, sampai tersyampak tongkatnye lulzz ni consultant kitorang

so inilah hasilnye. hahaha

yang tergantung tu pintu. gituuuu pintu terapung





Kawasan ni luas nokhorom. Aku tak surelah kawasan ni lagi besau ke or Forbidden City kat Beijing tu lagi luas. Lebih kurang je menjelirkan lidah. Ni pon akan dibesaukan lagi sebab banyak lagi bangunan yang dorang tengah baikpulih. Tuddiaaaaaa matilah kau nak berjalan pasni lulzz.

So dari situ kitorang pun berjalan ke..

National Folklore Museum

Ni kiranya Muzium Negara doranglah. Segala maknenek bahan sejarah ade kat sini. Aku suke je nak belek tapi masa suntuk i is so sad. Kawasan ni pun penah gak Running Man datang shooting. Yang ade arwah RiSe tu, buat kat sinilah jugak.

Gambau!

kat luar. tourist guide cakap mende tu macam ade kaitan dengan horoskop ala-ala horoskop cina ke apetah. so aku cakap aku lahir tahun monyet. "u must be very smart" kata dia. tatau plak aku yang monyet ni dikaitkan dengan pandai. lulzz







kenduri kawen

yang banyak bersusun tu kuih-kuih yang disediakan masa nak sambut birthday anak yang ke 7 tahun mengikut adat dorang. untuk jamu orang ke jamu Tuhan dia ke, tak sempat lak den nak baca... stresssssss





tak taulah ape ni.. replika kubur kaa ape.. isshhh

dah kat luau!

Dari muzium tu kitorang seberang jalan, pastu jalan sket lagi nak gi lunch. Lapau kedaung is our middle name dat time you know.

kat sini takleh parking sesuka abah kau sebab cctv is everywhere n cik pulis is oso everywhere.. bagaikan hantu yang menghantui hidupmu.. tapi kan. kalau parking depan kedai (kat kaki lima kedai) bole pulak. ntah.


tatau la amende tu

sume yang tak lepas lagi lintas jalan

coffee shop kot?

makanan hari ni - bibimbap. takde daging or ayam, ade telo dengan sayo. patutlah sihat je taik aku pisang-pisang bentuknye. tapi kan. sedap lagi bibimbap kat mesia. sebab dah alter ikut selera mesia gaknye

yang betul-betul makan rasanye ade la dua tiga orang je kot

restoran kat tingkat dua bangunan ni

Making Kimchi + Wearing Hanbok kat Korean Traditional Culture Centre

Seterusnye nak membuat aktiviti di atas. Culture Centre dorang ni luculah. Aku bayangkan macam bangunan sebijik ka.. rupenye dalam kawasan umah kedai, pintu masuk belah belakang lak tu. Memula rasa macam kene tipu je pastu bile dah masuk.. oooo betul lah. Apsal cam lehnetz je kawasan ni huahahahhahaha

jalan dia seme pesen camni laa cerun2. aku rasa kalau kene drive kat sini memang tak ah nak bawak manual, mampuih

alaaa ape nama cite ni tah? bukan aku tengok pun tapi tau lah


sesi pembelajaran bakal bermula ye anak-anak

depan tu susu ginseng, kire macam welcome drink la. ko jangan le tanye aku halal ke tak. aku assume halal sebab dah namanye muslim tour, takkan dia nak bagi bende harom lak kan. ko nak ragu-ragu, dok situ dendiam #tetibe hahaha! aku minum, rasa ginseng. ginseng rasa ape? rasa akar.
 
khusyuk mendengau padahal tak paham. tapi kitorang nye tour guide translatekan walaupun translate dia tu pun ke laut dalam, bukan kitorang paham sangat pun english dia lulz. but still, mekasih :)

kimchiiiii

my sweet little kittyyyy.. eh kimchiiii

Eh kalau korang nak beli kimchi yang sedap, boleh la beli kat sini. Aku tak beli sebab tak kuaser nak beratkan beg. Sekarang ke acara seterusnya, menterai hanbok feeling-feeling princesssss

ko kalau free hair boleh siap pakai rambut pelesu Queen. berat kot mende tu! dah macam serkup kepala MellyGoslo je

omey angat abam Kwon Sang Woo ittew

Haa kat sini ade gak jual subinier. Eh not badlah, kira murah gak. Sudu panjang skali dengan chopstick besi tu sepasang baru RM6 je. Murah lettew. Nak murah lagi, gi la buat sendiri lulz. So kat sini aku beli bendalah tu dengan fridge meknet. Murah-murah. Semua orang punya, aku punye takdak.

haa ni ha lorong belakangnye. tak ke sangsi asmara tatkala pertama kali tiba. macam bakalan dirompak je

Seoul N Tower

Destinasi seterusnya adalah Seoul N Tower. Memetik ayat dari Wikipedia - "The N Seoul Tower, (Hangul: N서울타워), officially the YTN Seoul Tower and commonly known as the Namsan Tower or Seoul Tower, is a communication and observation tower located on Namsan Mountain in central Seoul, South Korea. It marks the highest point in Seoul". So.. ni macam KL Tower la kot eh?

Memang kene memanjat bukit nan mencerun. Memula bas dulu yang memanjat, aku dah seram sejuk sedikit sebanyak sebab.. jalan tak besau sangat.. cerun nampak laaa gaung tepi jalan huuuuuu tapi ramai je ajushi dan ahjumma jalan kaki naik atas, rileks je. Ingatkan bila bas dah park tu kira dah sampai, rupenye kene jalan kaki lagi naik atas. Cerun dia masyaallah.. 

macam tak sama je gambau dengan keadaan sebenau. patutnye cerun lagi!

jamban. tak singgah

mari memanjat

terlalu cerun sampai kene buat dua hala, satu bahagian untuk naik. satu bahagian untuk turun. tour guide aku pun baru tau aritu bila aku bagitau. lantas memuji2lah akan dia kegeniusan aku yang tak seberapa ni hahaha

katanye

ni kalau tolak sesapa turun memang bergulinglah

kat sini pon RunningMan penah buat mission, banyak kali kan kan (soklan untuk peminat tegar sekelian)

Memangga


memula sorang..

pastu berorang-orang

nak amek gambo kat sini pon kene beratur. bukan manusia betul pun huuuu





eskrem. harga macam baskin robbin la kot. sedap ya Aulohhh.. perasa strawberry cheesecake kalau tak silap. RM15 setelah convert. dah dah diam.. makan je!



sedapnye.. teringat-ingat la plak T_T

So dah abes kat situ, kitorang gi dinner pulak. Kali ni dinner makan makanan Malaysia la.. akhirnya la kan. Barulah nampak muka seseko bersemangat. Kalau tak tu macam kene acu parang kat leher je time makan lulz.

on the way nak gi mamam, nampak ni. mesti teringat Running Man lagi kahkah #gilo

dah sampai! haa lantak laa sampai pitam ye


tu orang tengah bagi ucapan bergerak sempena election. haaa amek amek

selalu tengok dalam drama korea je, kali ni tengok sendiri. mak oiii aii.. kalau le ade kenduri kawen kat atas tu pastu tertinggal barang kat bawah, memang pergi tak kembali laa jawabnye

 Dah setel makan setel solat bagi yang boleh solat, kita ke lokasi seterusnye.... untuk tujuan..


menonton  Non Verbal Performance Drawing Show ‘Hero

Show start pukul 8 malam. Untuk pengetahuan anda yang tak tahu, kat Seoul ni tetiap malam ade live show. Ala-ala teater tapi skala kecik. Macam ko tengok teater indie gitulah kot. Dan show dia ade macam-macam tema dan tajuk (eh macam sama je). Seronok la.. asek tengok muvie je kan. Untuk aku la shiok, orang lain tatau la.

So.. Malam ni tengok drawing show. Group yang dipanggil HERO, ade 4 orang jejaka (sorang tu ensemmm satgi aku up gambo) akan buat performance - nyanyi, menari, berlakon, melawak - sambil melukis. Melukis ni macam-macam medium diorang guna. Cat, air, pasir, arang, ape lagi eh... ehhh macam-macamlah. Ade interaksi dengan penonton, nebes aku. Sebab kitorang dok depan sekali lehnetz! Aku risauuuu je kot dia panggil naik pentas. Sibbaik orang lain kene kahkah

Masa show takleh amek gambo :( Tapi lepas-lepas tu bolehlah.

satu bangunan dengan cinema


sebelum start

dah abessss..

close up sketttt.. ensemnyeee yang belah kanan skali tu

tu dia hok kiri. lawa tu lukis.. dah la lukis lelaju

sessi otograp, aku tak gi sebab malu mihihihihhiihi


aku rasa dia tau la dia ensem, sebab tu kontrol je muka

yang belakang seme pon sebok gak lulz

tandatangan budak ensem

Kemdian balik la kitorang. Ade dua kejadian berlaku. Yang satu tu kita simpan, yang satu lagi tu aku tak berapa jelas. Sebab nampak macam driver n tour guide tu bergadoh. Kalau tak silapnye.. driver tu dah sampai awal tapi kitorang ni singgah kedai kejap (memang kejap je) pastu driver kene halau dengan incek polis sebab park tepi jalan. So terpaksa le dia pusing sampai dua kali baru laa kitorang sampai. Tapi dah kitorang sampai, dia plak tak sesampai. Makanya.. gadoh la deme berdua.. Wallahulam. Sebelum turun, kitorang sume say sorrylah kat driver sebab susahkan dia T_T tskk. Tour guide plak mintak maap kat kitorang sebab bergaduh depan kitorang. Takde hal beb. As long as no parang involved.

Balik bilik. Mandi. Waksek waksek. Tdoooooooo

Bersambungggggg

7 comments:

YaTt's said...

Bukit kat namsan ya allah teringat lagi kecerunan dia. kalau stop tgh jalan memang payah nak start daki lg. next kalau akak pegi pegi la join secret garden tour kat chandukgung palace. memang mecabar kaki kekeke

Mya said...

ok tongkat tersyampak tu kelakar..
haha..

HEMY said...

best best...tapi kawan aku yg kaki travel tu cakap korea overrated...aku rasa sbb runningman je dia naik..hehehe

zonaku said...

1. tersyampak tongkat, tapi hasilnya???? (niat jahat)
2. kubor ke oven?
3. drive manual la bagus, leh kurus kaki.
4. moon embracing the sun? aku x tengok, tapi cam betul je rasanya
5. buat kimchinya kire, ko gaulkan cili tu ke sayur je ke?
6. bagusla jalan kaki, x la bulat2 cam aku ni ha..... senaman selalu tu
7. ko berat ke masa g sana? sampai patah kerusi? hahahahahaaaa

Masy said...

yatt,
moga ade umur dan rejeki utk ripit nanti hehehe amiinnn

kak mya,
lulzz bunyiknye hehe

anul,
mebi. tp aku rasa klu g sendiri baru seronok kot. tempat mmg cantek sebenarnye..

zona,
1. tak ok ka? hehe
2. tatau
3. takmau
4. bukan.. ni cite lama..
5. cili tu ade mcm2 lg bahannye tp tak ingat, kene sapu kat daun tu selai selai pastu bungkus
6. yezzaaaah
7. ok lambat sket aku nak tangkap komen ko ni. taklah! memang kusi tu patah! haha

Ms Minnie said...

asyik sambung je, bila nak abis?? LOL :p (Larik!!!!!)

Masy said...

aku tengah mengarang le tadi tu kak ila woi.. sabau sabau hahahaha