Wednesday, January 29, 2014

Monday, January 27, 2014

936: ....

...................

Hilang semangat.
Hilang motivasi.


Friday, January 24, 2014

935: Besday Selebresyen+s

Macam beriye je selebret hahahaha.

Yang 1st tu nak kata selebret, tak taulah. Anggap jelah camtu. Kisahnye.. bebudak rumah telah request aku masak since aku kan ala-ala lalu lalang je kat dapur tu. Mak malas nok! Mak bukan hape, dah orang lain rajin, mak malaslah nak campur tangan lagi hehe. Kebetulan hari tu dak Anne demam, dia pun apalagas.. tumpang nak manje-manje ah. Since ade orang demam, aku decide.. masak bubur nasik jelah! HAHAHAHAHA! Korang jangan kutuk bubur nasik aku.. budak saiko kat umah aku tu suke tau!

Nak dijadikan cerita, hari tu aku lambat balik. Tak sempat le nak singgah membeli minced beef T__T Sampai je umah, terus je basuh beras, potong kentang carrot pe seme dan tenggekkan kat dapur. Memandangkan takde minced beef, kene le kreatip sket. Daging bege tu aku hancurkan (ala-ala RunningMan sangat). Tumis bawang dengan butter, masuk daging, tabur pepper, gaul gaul gaul. Elok dah masak, aku campak je dalam periuk bubur tu. Pastu.. ajaibnye tetobe bubur nasik aku jadi kaler pepel! Hahahaha apeee niiiii lantaklah. Sorang lagi buat cendawan + tofu masak kicap. Kemudian makanlah kami dengan riangggg...

Dan dinner malam tersebut diakhiri dengan kek tiga jenis sponsored by Anne. Hehehehe. Mekasih sume!!

dia ingat aku 33 tahun, padahal diaa tu yang 33 tahun. hahahha

Yang 2nd tu macam biasalah. Selebret dengan geng bas skolah. Memula cadangnye nak selebret sekali harung bulan 3 nanti kat Langkawi, pastu tah cemana tah. Aku macam ajak dorang kuar ke camne tah, pastu tetibe decide gi Port Dickson, pastu tetibe je ade yang nak sponsor kek, pastu tetibe je tetibe je jadi selebret terus hahaha! Ah ubuh gambau jelah.

tu ade hati nak nyuruk belakang ai. grrrr

happy birthday, baby!

layan konsert FT Island

patutnye dah nampak orang nak posing, bawak²lah menyelam kejap

sorang je bawak baju lebih, yang lain seme takmo mandi lettewww

kitorang

kaki kitorang. cer teka mana kaki saye

bercanda di pasiran panthai

lepaks

muah!!

Pegi balik hari je. Hehehehe. Itu saje. Sekian, terima kasih~~~~

Tuesday, January 21, 2014

934: Hari Ini. 10 Tahun Lepas.

Hari tersebut sesuai diberi label sebagai
"harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"
Dalam kes aku, hujan malam. Hehehe.

Secara dongengnye,
Aku sekarang sedang melalui pintu suka hati
Dan pergi menemui aku yang 10 tahun lepas
Aku yang berusia 24 tahun

Ingin
Memeluk diriku kemas-kemas
Meniup kata semangat
Pada diriku yang berumur 24 tahun itu

Jangan sedih, saya
Eh
Bersedihlah, tapi jangan lama
Menangislah, tapi jangan depan mak
Jangan
Depan sesiapa pun
Jangan

Sedih 
Adalah sejenis makanan jiwa yang kita perlu kedekut dengan semua orang
Sedih
Adalah lauk yang kau benci, tapi tidak boleh kau kongsi

Cukuplah sekadar kita saja yang tahu rasanya

Wahai jiwaku yang berusia 24 tahun
Tahukah kau
Di saat kau mahu sangat kematian menjadi pilihan
Ada kehidupan yang indah menunggumu di depan

Jangan
Jangan putus harapan

takde plak pic 24 tahun dalam pc. 25 tahun pon bolehlah

#selamatulangtahunawak

Friday, January 10, 2014

933: Pelupa

Salam!

Aku rasa aku takde la penyakit pelupa yang kronik. Terlupa nak tutup pintu rumah ke misalnya, atau lupe nak tutup api dapur ke. Tapi ade gak laaa sikit-sikit. Kadang tu sebab macam banyak sangat benda nak ingat. Ceh.

Kau tau apebende yang paling annoying sekali bab pelupa ni? Bila kau kene ulang-ulang buat satu benda semata-mata sebab kau tertinggal satu benda. Contohlah. Kau pegi tesko, niat asalnya nak beli barang masak. Tapi bila dah balik baru kau teringat, kau terlupa nak beli plastik sampah (misalnya). Terpaksa pulak singgah kedai lain. Pastu dah sampai rumah, aaahhhhh terlupa beli starter lampu!!!

Sabau jelah.

So tadi aku gi tesko. Dah alang-alang nak setelkan hal opis, aku singgahlah beli barang masak untuk dinner. Dah sampai opis baru teringat.

- lupe nak beli kentang
- lupe nak beli daun bawang
- lupe nak beli lemon sebijik
- lupe nak beli starter
- lupe nak cari pendrive

Memang takde kaitan senarai barang-barang kat atas tu dengan dinner malam ni. Ni seme nak pakai esok. Geram tak. Faham tak perasaanku? Geram dengan apepon tatau. 

Takpelah. Ada hikmah barangkali. Mebi petang karang masa aku singgah aeon big area rumah aku tu, sekali terlanggar troli abam Fahrin ke. Lantas kami jatuh cinta pandang pertama. Lalu bertukar-tukar no phone. Lalu keluar dating. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berkahwin denganku. Lantas ada press conference mengumumkan majlis perkahwinan kami. Lantas kami pun bernikah dengan penuh kesederhanaan. Lalu kami pun pergi honeymoon.

Korea.
Paris.
London.
Venice.
Egypt.
Jepun.

Segalanya bermula kerana pelupa. Hehehehe. Eh seronok pulak rasanya. Tak jadik ah nak geram.

malunyeww titewwwww

Wednesday, January 08, 2014

932: WW: adiah sebeday yang kene bayau bulan-bulan


Takde la sampai ade orang bagi kete.
Mak aku bagi RM5k, RM4500 jual Fahrin huhu
Lagi RM2500 tu aku topap
Ye.
Letak donpemen banyak sebab aku nak make sure installment bulan-bulan bawah RM400

Aku kan semekin.
Huhu

Apepun.
Itu jelah.
Letak kat sini untuk ingatan aku je.
Yang bahawasanya hidup aku ni kalau takde mak tolong
Abang-abang tolong
Memang tak merasa la nak pakai maivi hahaha

Tetibe ayat cam sedih dah kenape
Lulzz

So
Nak ubuh nama ape kat dia ni?
Aku cadang nak ubuh nama Faizal
Nak ubuh Soffi Jikan macam panjang sangat
Jangan sampai aku ubuh nama Kwon Sang Woo pulak

Hmmmm.

Monday, January 06, 2014

931: 20+14

Salam!

Sabtu lepas besday aku yang ke 34. Ya Auloh.. dah 34 tahun, takde hasil langsung hidup aku ni (agaknyelah). Takde ape yang menarik. Oh ada. Kakak ostajah normayah sopiah belanje saye makan kat Chilli's dan nonton muvie. Mekasih kak! Kalau tak musti saye dok menukun je kat umah pada hari kejadian. Inilah nasib si bujang secara total, kalau ade boipren ke.. errr.. eleh kalau ade pun tak tentu lagi selebret. Ai penah ade, ai tau laaa. Heh.

curik dari setagram kak ostajah, halal eh..? mekasih kak!

Tetibe teringat sesuatu. 

Rasanye tahun 2006 kot. Masa tu ala-ala zaman kegemilangan dengan kekawan. So.. besday aku bukan takat disambut pada 4 Januari tu je, tapi ade gak melarat ke dua tiga hari kemdiannye. Tahun tu aku sambut sebeday dengan klik UiTM aku iaitu Odah, Peah dan Fiera. Kitorang deting kat midveli. Makan-makan dan tengok muvi. Masa tu rasanya Odah je yang dah kawen kot. Lepas setel semua, aku antau Fiera balik ke umah kat Klang. Aku sampai kat umah dah pukul 11 malam kot. Umah pun dah gelap masa tu hehe.

Esoknya pulak. Aku diajak oleh sorang blogger ni laaa, ajak makan kat Subang. Masa nak kuar tu osmet aku pun tanye..

kak Mas ade gi memane ke malam ni?
ade.. nak kuar makan 
oo.. lama tak?
entah.. kenape?
Seri ingat nak masak tomyam, kak Mas jangan balik lambat tau
oo ala takpelah kalau akak balik lambat, korang makan jelah
hmmmm...

Lepas dah siap-siap, aku pun dah nak gerak la ni. Datang pulak lagi sorang.

eh kak Mas nak gi mana??
nak kuar makan, nape? nak kirim?
akak balik lambat ke?
tatau lagi.. tak kot.. kenape?
alaaaaa kak mas janganlah balik lambat sangat, nanti saye dah tido..
eh tido le.. buat ape tunggu akak plak?
terdiam. alaaa kak mas jangan balik lambat eh? saye tunggu
macam-macam laa ko ni
alaaaaaaaaa sejam je tau kuar, pastu balik eh?
ehh budak ni. yelah yelaaaaah

Heran pulak aku. Sejak bile plak bebudak ni tunggu aku balik? Kalau Kak Ina tu yelah, memang dah macam kakak sendiri dah kejap-kejap sms call aku kalau aku balik lambat hahahah! Tapi masa tu memang takde sekelumit syak pun melainkan rasa heran je.

So malam tu aku kuar makan memang sejam je. Lepas tu berterebas balik. Sampai je umah, aku tarik-tarik napas. Takde pooonnn bau tomyam. Kencing haku ke ape bebudak ni. Ke tak masak lagi? Berlari le naik atas (oh masa tu duduk kat townhouse. curlast cuols.. i like that house so much). Ketuk pintu bilik dorang.

akak dah balik! kata nak makan, jom lah
orait.. aaa kak mas gi lepak dalam bilik dulu, dah siap kang kitorang panggil
leeee.. tak siap lagi ke? sabau jelah. ok ok

Aku memang biasa lepak kat bilik Kak Ina & Kak Ida sebab bilik dorang ade tv hehehe. So lepaklah.. Kak Ina keluar, Kak Ida je lepak dengan aku dalam bilik. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tu barulah dorang panggil, ajak makan. Masa sampai kat tangga, aku macam.. ehhhh.. apsal le bergelap rumah ni, bukak leee lampu. Bila jengah, baru pasan. Ade lilin nyale-nyale atas kek bday!! :D Dan semorang pon nyanyi lagu sebeday.. awww awwwww terharuewwwww

Kemdiannye barulah aku tau. Dorang dah simpan kek tu sejak semalam, pada hari bday aku. Bila pikir-pikir balik, ooo patutlah. Asal aku masuk dapur je, semorang macam berjaga-jaga. Siap cakap kalau aku nak ape-ape dari dalam peti ais, bagitau je. Nanti dorang amekkan. Rupanya dok sorok kek bday aku dalam tu. Hahahahah! Mujurlah aku pun takde tergerak hati nak bukak peti ais, rasa syak pun takde. Nampak sangat tak tersangka dorang ade plan nak selebret bday, ingatkan takde sape kisah *gosok-gosok mata terharu*

Itu jelah citenye. Hehehehe.

tahun ni sambut dengan FT Island - errr dalam mimpi jelah. hehe

Thursday, January 02, 2014

930: 2014, aku dah sampai!

Salam! Dah 2014 dah. I kenot belif dis.

Semorang - oh mungkin bukan semua - dah selamat memasang azam. Aku sendiri ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak mende yang aku nak buat. Nak capai laa konon2. Nak, dapat ke tak tu cerita lain. Dan semua perkara tu kuncinye satu - ISTIQOMAH.

Nak turunkan berat badan (jogging, workout).
Nak sihat.
Nak make sure umah selalu kemas.
Nak atur elok-elok financial flow.
Nak mengaji tiap-tiap hari.
Nak makan mende-mende sihat.
Nak simpan duit.
Nak bayar utang.
Nak banyakkan ibadah (poyonye huhu)
Nak
Nak 
Nak 
Nak
Nak
Nak Fahrin.
Nak 
Nak
Nak

Semua kene istiqomah.

Mampu ke tak aku ni. Hmmmm.


Kita cubalah ye tak.
Tak cuba buat, mana nak tau.
:)