Tuesday, March 10, 2015

968: Sawadikap : Berdua Lebih Baik Trip - Day 2

Mampuih laa berkurun lama ku rehsiekeeeeeeen... berkurun lama nak apdet. Ok sambung!

Hari ni aku rasa tak sedap badan, macam dedau-dedau gitu. Pakai pulak baju nipis, cuaca pagi punyelah sejuk. Padan muka kau baby.. Dah kata sejuk, tak caye :( Dah la tak bawak penedol pe sume, rasain loh!

Lepas sarap, kami dikutip oleh tour guide dan teruslah ke Maetaeng Elephant Park. Ala-ala Kuala Gandah la aku tengok, cuma bezanya tang naik gajah tu ade lain sket.


Boleh bagi gajah makan, beli le makanan.. pisang ka tebu ka. Pastu ko yang nak bagi makan ni cerdik la sket, tebu tu bagi la sebatang-sebatang, jangan jadi macam acik omputeh sorang ni. Ade ke bagi satu ikat terus. Sibbaik gajah tu cerdik, dia bukak ikatan tu makan sebatang-sebatang. Dibuatnye tak brape cerdik macam acik tu mau tercekik tebu T__T

Kitorang tengok gajah show dulu sebelum naik gajah. Ade persembahan menari, main bola, yang paling best tang diorang melukis tu fulamak.. serasa diri amat terhina kau lakukan hahahaha

persembahan gajah-gajah bersekutu. omey angattt. macam kesian pun ade. especially si kecik yang takde mood tu. melukis pun main hentak2 berus macam budak kecik hentak2 kaki hahahahaha

abes show, naik gajah. aiyak seram pulak aku tengok gajah ni masuk dalam sungai. kalau kat Kuala Gandah ni gajah siap baring lagi.. mampossss aku dah la tak bawak spender spare (tetibe). mujurlah takde baring-baring uhuhuhuh


lepas naik gajah, naik kereta lembu lak. eh ox tu jenisan lembu jugak la kan? sian adek lembu, aku tak blanje dia makan pun huhuhu maafkan kakak adek lembu :((
Lepas naik haiwan2 sekelian, terus lunch. Masa ni aku dah rasa nak baring sangat dah sebab dah start demam manje-manje. Nak makan pun takde selera so aku makan buah dua tiga hiris dengan kuih seketoi. Pergh kalau buat selalu camtu mau kurus tinggal paru-paru je. Lepas makan, aku dengan kak Mya nak pi naik rakit untuk berakit-rakit ke hulu, manakala family yang skali dengan kitorang tu meneruskan pemakanan kerana aktiviti ini tiada di dalam agenda mereka.

mekasih abang rakit tolong snapkan gambau :)
Lepas settle naik rakit ni, kitorang ke mana eh.. Ade dua tempat, satu untuk tengok snake show, satu lagi monkey show. Dua-dua ni dalam pakej famili berkenaan, boleh je kalau kitorang nak join tapi kene tambah duit. Oleh kerana tiada duitnya, maka takyahlah masuk. Bolehlah aku tido sementara tunggu diorang. 

Dalam perjalanan nak pegi ke tempat seterusnya, memang aku bantai tido jelah. Dah naik dah demam... huhuhuhuhuhu

ni kat Orchid n Butterfly Farm. biase je.. kalau tak pegi pun takpe kot melainkan korang nak test test kamera ke ape hehehe. yang aku pegang tu bunga pin as subinier... sampai2 je dorang terus cocok kat dada aduh sakitnya tuh di sini di dalam hatiku

kemdian ke tempat apetah namanye ni. tempat buat barangan kulit. segala jenis kulit ade di sini. buaya, biawak, ulau. kulit babi je takde. sebab bak kata tour guide - "weols tak membazir bab makan babi" lulz

Masa kat tempat kekulitan ni aku rasa dah macam gagal nak kontrol diri (amboih ayat). So aku mintak tolong cik tour guide untuk berenti kat mana-mana kedai sebab aku nak beli penedol. Aku masuk je van, tak lama lepas tu dia datang bawak panadol dua bijik dengan air sejuk - suruh makan terus. Siap tapaukan lagi dua bijik untuk malam karang. I is very the terharu tskk tsskk mekasih Amy :)

Alhamdulillah tak lama lepas tu aku terasa cergas dan cerdas seperti biasa.

seterusnya ke Gem Gallery ni. hahaha aku rasa memang standardlah eh kalau jenjalan obersi. gi Beijing dengan Korea pun mesti bawak pegi tempat2 gini. kat Malaysia ade tak eh macam ni? #iwonder

next. Shinawatra Thai Silk. kalau banyak duit bolehlah beli. aku banyak kodak so amek gambau jelah

next. Cotton Chic. aku suka gak tempat ni, t shirt dia design lawa-lawa. tapi memandangkan bajet ciput, hanya mampu ku melihat kecurangan warna bungaaaa idamanmuuu berbaja tiadaaaaa

next lagi. pegi kedai madu pulak. yang kat tapak tangan aku tu propolis. macam pahit manis gitulah bagaikan kehidupan kita. pastu kat luau ade eskrem madu. kak mya laa beli, aku rasa rasa je. sedap!!

Lepas tu kitorang berenti solat kat masjid apetah. Aku tak snap gambau sebab nak kejaukan waktu solat. Udahlah pelik semejid dorang ni sebab diasingkan lelaki dengan perempuan. Kalau kat sini, asing pakai tirai je. Kat sana asing bangunan terus. Mental breakdown kejap hakak dibuatnya. Namun syukurlah solat dapat jua dilaksanakan dengan sempurna. 

Balik tu singgah Sunday Market ke ape namanye tah tu? Pasau malam Ahad gitulah.. Katanya best banget. Well.. bestlah jugak. Fridge magnet pun murah-murah tapi apelah ertinya murah kalau duit ko tak brape nak ade wakaakkaakakaakak *nanges sambil gigit fridge meknet* Macam kat Jalan TAR tapi bezanya macam-macam pesen persembahan orang dok buat nak dapat duit. Menari la main muzik menyanyi.. sibbaik takde yang buat show main api.

merenung nasib

gulp gulp terliur aku tengok. kelihatan dalam gambau seorang ostajah sedang membeli ape nama mende tu.. mien kiep? ape tah. sedap tu!


Balik hotel kene macam semalam ah. Naik tuk tuk. Harga pun kurang ciked je. 

Sebenarnye kan. Start dari tempat barangan kulit tu sampai ke tempat madu tu kan, takde pun dalam pakej kitorang. Huahahaha kira nasib jelah dapat pegi sebab folo dorang ni. Hehehehe

Bersambong emma maembong!

8 comments:

Mya said...

aaaaaaaa semakin nervous.. sudah 2 entry baby up. tapi kakak ostajah masih mencari arah hidup.

mieng kam. sedapppp...

HEMY said...

kuala gandah lagi best sbb ada awek mat salleh bikini biru...hahahahaha

tu papadom ke yg ada gmbr ostajah beli tu?

Masy said...

kakak ostajah,
akak byk merayau tu yg tak keruan nak apdet mana satu haha. btw trip melbourne sy dua tahun lepas pon xde penutup, acaner tu? haha

anul,
keci hahaha

tatau.. x beli yg tu, kitorg beli mieng kam ala2 sirih tu

tiga lalat said...

Salam. Hee orkid chantek ;)

Masy said...

:)

anakomak said...

Bestnya naik rakit tu.. rare giler kt sini haha

Mya said...

aah ek, cerita melbourne awak tergantung begitu saja. ish ish..

Masy said...

anakomak,
itulah. gaknye kat mesia ade ke tak eh..

kak mya,
tu laaaaa dah berape tahun tertunggak taaaahhhh