Friday, March 20, 2015

969: Sawadikap : Berdua Lebih Baik Trip - Day 3

Ok sambung. Cite laju-laju laa eh, takpe ke? Hahahahahah kesah pulak!

Ekcely ade perubahan ciked-ciked pada itinerary kitorang sebab campur dengan family tu kan. Eh ke dah cite? Eh lantaklah. Makanya hari ni kitorang buat perkara yang sepatutnye dibuat semalam, dan ditambah lagi 2 perkara yang takde kaitan hahahah! Dah tambah tu, kene la tambah duit skali tssk tssk *korek beg duit yang takde duit lebih tu*

Jadinya mengikut itinerary, kitorang gi Chiangrai. Tempat ketama yang kitorang pegi adalah.. Mae Kajan Hot Spring.

gambo belah kanan bawah tu kolam tempat rebus telo, ade telo ayam dengan telo puyuh. kalau nak, kene la beli. harga tatau sebab sis tak beli ok. btw tataulah kenapa aku rasa airnye tak berapa panas (lihat gambarajah celup kaki). kat Melaka lagi panas weh. mebi yang ni dah campur air sejuk sket kot #SisHusnuzon

lepas celup celup, ade disediakan kopi untuk menghilangkan dahaga gittew. in case tak puas celup kaki tadi, bole sambung celup kaki kat bawah meja. curlast kau jah! nampak tu kakbaby macam tak puas celup kaki lagi hahaha

posing!

si tour guide kitorang gi kecek stroberi kat pakcik lori. auuuwww dap uuuhhh stroberi!

Setel. Tempat kedua pula adalah White Temple (Rong Khun Temple). Amy kata wajib singgah kat jamban temple ni. Pelik pada mulanya tapi takpe, memang nak kene gi jamban pun hehehe

masuk toilet depa kene pakai selipar yang disediakan, and yes - sangatlah bersih nan hado bau hancing i is like (baca senafas). kalau korang perasan, baru-baru ni ade keluar kenyataan dari pihak temple ke kerajaan Thai ntah yang nak buat toilet khas utk tourist dari China kat temple ni sebab dorang pengotor n uncivilized hahaha! memang tak bertamadun pun, gi la memana, sama je.

posing!

lagi!
Dah setel kat temple, ni lah.. nak buat aktiviti yang takde dalam tentatif asal. Iaitu.. nak masuk Myanmar! Hahahaahah! Kisahnya.. Chiangrai ni dah dekat nau dengan Myanmar, makanya sekeluarga itu bercadang untuk masuk la sebab dah alang-alang kan... Kene tambah brape eh..convert duit kita dalam RM150 kalau tak silap acik baby. Kak Mya, kalau salah betulkan eh. So dorang ajak skali laa.. Aku memang tak cukup duit, terpaksa le minjam duit kakak ostajah ciked. Huuuu

sebelum tu, lunch dulu.. kemdian solat kat masjid ni.. apetah namanya. yang aku snap ni tempat solat orang lelaki, tempat solat perempuan kat bangunan seblah

Sebelum masuk Myanmar, kita tukau duit dululah ye. Aku tukau sume RM yang aku bawak, dan kebetulan ade jugak 10USD terselit dalam purse. Kalau tak silap, ini USD yang dirijek kat Bali sebab palsu katanya. Aku tawakal jelah.. Sekali boleh kau tukau! Ehhhhh budak Bali ni, geram lak aku. Tapi takpelah. Ini adalah sejenis hikmah. See. Tak dapat guna kat Bali, boleh guna kat Myanmar hihihi

pintu masuk sama je macam kat Wang Kelian. hehehe


singgah jap tengok-tengok masjid kat Myanmar. kebetulan dorang baru lepas solat Zohor. tetibe kompius sendirian padahal betul laa semayang tadi, ni kan dah kat negara lain. haha

pegi temple.. beli air kelapa.. kakak ostajah beli air tebu limau. teringat dulu zaman skolah rendah, air tebu limau 20sen je. hehe

ni dorang tengah masak apetah nama benda tu... macam laksam je aku tengok. tapi dorang sume takmo try.. takut tak halal la kot walaupun Amy kata biasenye orang kita makan kat sini. gulpp terlior mak, nak.

pastu shopping kat sini. hmmm luggage murah2 kat sini. andai ku tahu.. pasti ku bawa duit lebih dan beli sebijik huhu

Tapi kan.. aku geram betul seperkara laa. Iaitu.. pasport aku takdak cop Myanmar! Aiihhhh geramnyaaaa. Apelah motif masuk negara lain tapi takde cop sebagai tanda T____T i is very sad. Jom #gengmemuah kita gi Yangon! #tetibe

Dah takyah nak trajis sangat. Next station, Golden Triangle Mae Sai. Ni tempat perdagangan 3 negara - Myanmar, Thai dan Laos suatu ketika dulu. Meniaga ape anak-anak? Yaaaa meniaga dadah. Amy sebut ape eh benda tu yang membuatkan aku realize benda tu dadah, tak ingat dah. Zaman tu kira sistem barter je, 1kg emas = 1kg mendalah tu. Deswai nama tempat ni Golden Triangle. Ni aku cite berdasarkan pemahaman aku laa dengau dak Amy ni cite. Jika silap, jangan jolok saya dengan galah pls.

posing ciked. ade yang pi shopping kat sini, aku dengan kakmya dah tobat hahaha


Lepas tu.. kita ke tempat yang takde dalam tentatif iaitu Long Neck Village. Ni aku gugel katanya nama tempat ni adalah Mae Hong Son. Nak tengok dorang sekampung ni kene bayau RM50, so Kak Na telah bermurah hati meminjamkan duit pada kitorang, mekasih kak! *menetes airmata*

Penduduk kampung ni buat keje-keje kampung jelah.. Perempuan wajib pakai chrome lilit-lilit leher tu, kalau taknak pakai - nyah kau dari kampung ini wahai wanita durjana! kau bukan lagi anak cucuku! *petir* Makanya hampir semualah kat kampung ni takdak pelajaran.. dah tu guananya nak gi belajau nak pakai mendalah tu khen. Kesian hoh.. Tengok bebudak tu kat sini jelah hidup dan matinya. Yelah bagi kita ruginya, macam.. ape bendelah yang nak dipertahankan sangat gegelung besi 20kg tu berbanding kebebasan. Tapi untuk aku secara peribadi, mungkin yang penting bagi dorang adalah sense of belonging tu - tak terbanding dengan segalanya di dunia nan fana ini. Kau leher pendek ape tau? *kata kakak leher panjang - ok ni aku yang menambah lulz* Asalkan tak kacau orang, ya udah :)



Kat situ ade la beli gegelang untuk sohabat-sohabatku yang 4 orang tu hehehe. Menjana ekonomi masyarakat katanye.. bukan selalu ye tak.

Lepas tu bertolak pulang.. eh dari tadi bertolak tak sampai-sampai ye hehehe. Ok la kita gi dinner dulu, baru pulang ke hotel ya. Ini dinner terakhir kitorang dengan family Kak Na sebab esok dorang dah nak balik huhu. Dan malam ni laa baru kitorang tau yang sebenarnya kitorang ni menumpang.. ewah macam sadis sangat ke huahaha! Menumpang ape? Kalau ade orang tanye nanti aku jawab. Hehehe


Setel dinner, terus balik hotel. Kalau hotel kitorang dekat hotel mereka, kompem malam ni ade merayap lagi hehe pakkal la jauh. So balik bilik.. menenangkan jiwa.. tengok channel kpop.. eh malam ni kot yang aku tengah syiok mandi tetibe terdengar lagu FT Island kat tv. Terus keluar (pakai towel laa siap2 kot ye pon) lantas terlompat-lompat depan tv. Aku syak kakak ostajah mengalami mental breakdown dan kejutan budaya menyaksikan kejadian tersebut. Dah la kene marah dengan aku sebab tak bagitau ade FT Island. Like.. bole jadi semua kekawan ko kenal laa FT Island tu kan baby. HAHAHAHAHAHAHA maafkan saye.

Mandi. Solat. Tidoooooooo. Bersambung emma maembong!

5 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee stroberi merah chantek ;D

zonaku said...

menumpang apa?

Masy said...

salam en me,
itu je? haha

zona,
menumpang makanan halal dlm pakej dorang.. kitorang nye pakej takde makanan halal..

Mya said...

masuk Myanmar tu kita bayau RM145 sorang

kelakar bila ingat pasal kes halal dan tumpang menumpang tu. sib baik dak Amy pasang telinga dengar lalu ia membetulkan keadaan hehe

Masy said...

kak mya,
hahahaha kan.. cuak dak Amy dengar kita dok cakap2 hahahahaha