Tuesday, March 24, 2015

970: Sawadikap : Berdua Lebih Baik Trip - Day 4

Salam sume! Sambung sambung chacha maembong.

Arinie hanya kami berdua sajork.. So sunyi la ciked, nampak nau yang membising tu rupanya bukan kitorang lulz. Memandangkan banyak tempat dah cover, so kita cover bahagian runcit-runcit jelah. Memula cadang nak pi muzium, tapi kenape eh.. Macam tak sehaluan ke apetah? Lupe. Takpelah. Kite gi tempat lain.

Ok tak ingat nama tempat ni dan tak snap pulak tu. Kakak ostajah ade kot, nanti bila dia apdet uols pi la skodeng. Ni tempat buat payung kertas dan kipas-kipasan.

pakcik ni bagi penerangan macam nak ajak gaduh. mementang laa kitorang datang berdua je.. huks. kalau kaya, mau ku tabur tabur duit kat situ sambil beli payung yang paling beso skalik sebagai tanda bantahan


Memandangkan duit tinggal serpih-serpih je, beli la seketoi kipas tangan sebagai buah tangan untuk mak aku. Dia kan suke lukisan pemandangan ni seme.. Harap-harap dia menghayati sepenuh jiwalah. Hehehe

Tempat kedua, kedai jual beg kain. Ehhhh cantek-cantek tapi mahal la pulak. Kebanyakannye bermotifkan gajah gitu. Kakak ostajah meminjamkan duitnya kepada saiaa lantas saiaa pun grablah beg syiling 3 ketoi seploh hengget hihi mekasih kakak!

amek gambau luau je, tak berani nak amek gambau kat dalam hiks

Seterusnya we ols dibawa ke kedai silver. Alaaa ape namaye eh lupe lak. Kat sini ade buat pandora uols. Pandora memang asal dari sini kot eh? Dan opkoslah iols tak beli atas dua sebab. Duit - dan tak minat. Hihi


Pastu gi lunch! Makan buffet, tapi sebelum kitorang makanan, tauke datang dan tunjukkan mana makanan yang kitorang boleh makan. Mekasih tauke :)

kuih yang macam kuih cara tu sedap gak. macam kuih cara le jugak tapi yang ade jagung tu sedap. acik tukang masak tu beriye suruh aku makan bebanyak hehehhehe

Dah setel makan, kitorang nak gi massage. Memandangkan undang-undang massage adelah takleh makan sebelum dimassage dan jika telah makan, kene tunggu sejam kendian baru bole - makanya Amy drop kitorang kat pasar siti khadiah siam ni haaa.  So boleh la kitorang buang masa serta duit bersama mata di situ. 



terlior-lior dibuatnye gulp

Dah setel, pegilah thai massage. Massage ni dak Amy yang arrangekan, RM50 untuk 2 jam kalau tak silap. Baru cadang nak cari yang lagi murah huhuuhuhu. Thai massage.. Masyaallah sis... Rasa nak patah riuk badan sambil menangis. Huhuhuuhu

dah massage, mengencinglah sebagai tanda pernah hadir ke sini

Kemdian balik hotel. Berehat-rehat, makan, berehat-rehat sampai pukul 6 petang. Amy datang amek untuk menghadiri Khantoke dinner with Thai dancing shows. Mende ni patutnya agenda hari pertama namun ditunda ke hari ini.. Nice jewww :)


macam menghadiri dinner kaum-kaum minoriti pulak hehe

kitorang dapat duduk depan stage yahuuuuuuu

Amy kata dont worry makanan kitorang halal. Aku yakin je makan ayam goreng tu. Aku percaya kau, Amy. Kalau kau tipu aku.. nerakalah tempatmu #tetibe. Sambil makan, dorang pun menari-narilah. Terasa macam di istana tak? Lulzz macamlah penah masuk istana. Eh istana negara yang lama tu penah masuk #tetibelagi.

pelbagai tarian dipersembahkan...
Setel semua tu kitorang pun pulanglah ke hotel. Tak kuase dah nak jalan memalam, dah la jauh kihkih. Sebenarnye macam nak gak ajak kakak ostajah gi merayau kat luar depan-depan hotel tu tapi ujung-ujung aku yang malas. Nak packing! Esok nak balik dah!

Bersambung emma maembong!

7 comments:

zonaku said...

laku bertul dak emma maembong dalam entri ko pasal trip ni

HEMY said...

murah tu masajjjjj....hmm..mcm lawatan ke muar je tentatif ni..hahahaha

Masy said...

zona,
haha tatau nak ubuh nama sape

anul,
dah hari seken last, tatau nak buat ape. ni tambah lak aku tengah malas nk bercerita, kahkahkah

tiga lalat said...

Salsm. Hee sungguh meriah pergi siam. Itu belum dirikan semejid lagi kat sana. ;p

Mya said...

tak pegi muzium tu sebab nanti kena balik sendiri. takmo arr. dah la takde duit. lulz

Masy said...

salam en me,
hahahhaha macam tu pulak

kak mya,
yezzah itulah yg paling tepat lulzz

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)