Wednesday, December 16, 2015

983 - Phuket - Krabi - Hatyai Backpack Style - Bahagian 4

Salam! Ok sambung lagi.

Seawal pagi tu dah siap seme, bersedia untuk ke Krabi! Sebelum gerak, sempat lagi tuan punya hotel tu snap gambo kitorang nak masuk dalam fb katanye. Ni haa gambonye aku cilok dari fb kihkih

kanmain gergasi lagi aku dalam pic ni
Van sampai, bertolaklah. Aku macam biaselah untuk trip kali ni, masuk je van - baca buku - tidooooo. Punyalah lena diulit intan, sedar2 van dah benti kat satu hentian ni ala-ala port apetah. Ingatkan nak turunkan orang, rupanya sume kene turun. Eh eh bukan kat Krabi ni, apsal soh turun?? Walau bagaimanapun, turun jelah. 

Ramai pelancong dok tunggu kat situ. Blur pulak haku. Ater dah bayau sampai Krabi, antau jelah terus. Ni ngade berenti, pastu delay-delay kejadah haramnye nak buat duit lebih la tu! 

tersadai tanpa arah tujuan
bengang tau bengang, tapi mood aku rilek je. mebi sebab dah birak kot

sticker tu driver bagi kat kitorang satu van tadi. ntah le ape maknenye. aku dah bengang time ni, terus tampal kat dahi. eloklah, tak lama lepas tu.. datang le sorang mamat ni entertained. kalau tau tadi, sejak turun van tu aku dah tampal kat dahi lulz

So mamat tu pon tanye, nak gi mana? Dah ade hotel ke kat sane? Apekah cadangan perjalanan anda? Kami pon story la.. Nak ke Krabi bang, takde hotel lagi. Bla bla bla so dia cadangkan kitorang stay kat guesthouse dia, dia bagi murah (katanye - tapi memang murah pon). Lepas dia tunjukkan gambo guesthouse dia, kitorang pon alaa ok la ni. Nak lawa-lawa pun macam la dok diam dalam bilik tak kuar kann.. Kite on je. 1 bilik untuk 3 orang dia bagi THB900. Means sorang bayau RM30 je.. Murah takkk kakton??

oldies giler van ko ni bang. wuteva, janji sampai.
Aku rasa kitorang la batch pelancong yang setel cepat kot. Batch lain yang sampai sebelom kitorang pun tak ramai yang berambos time kitorang blah. Yang batch kitorang takyah cakaplah.. huhu bertabahlah sisturss and brothurssss.

Beberapa jam kendian, sampailah kami kat Krabi dan dibawa terus ke guesthouse berkenaan. Cek in dan terus masuk bilik.

memandangkan semalam aku dah kongsi katil, hari ni aku konkerlah katil pink tu. dorang pon ok je. alaaa besau kot katil.. muat je.. kihkih

tv ade (tak berape penting tapi yeah boleh je), peti es ade, lemari ade, ekon ade. yang paling penting, WIFI pon ade. nice!

jamban menyelerakan, ini yang utama
Cadang nak terus keluar tapi ade kejadian berlaku. Iaitu departure card dak Liana sudah MIA. Puas carik, memang takdak. Rasanye tertinggal or tercicir kat Phuket sanun la kot. Aku contact hotel Phuket tu via fb mintak tolong dorang carikan, pun takde. Dan setelah berbincang dengan cik hotel krabi, dah tau dah ade jalan penyelesaian.. Lepas rehat2, kitorang pun mulakan perjalanan kembara Krabi innieww. Kihkih *lap peloh sebab panas nau kat sini, kat Phuket sejuukkkk je siap ujan*

opkoslah tak termasuk brekpes. tapi kire murahlah kan. cumanya dari sini nak ke pantai, kene jalan kaki la sket. kalau pesen lemak berat 3 kati, naik le tuk-tuk.

ala-ala chalet sebenarnye
Memula cadang nak jalan kaki sepanjang pantai tu nak cari makan. Tapiiii lapau kedaungnye ya Allaaah tak tahan weols. Kitorang jalan suku pantai je kot,pastu datang abam tuk-tuk offer antaukan ke restoran halal. THB100 bahagi tiga, ok lah tu. Maka abam pun mentuktuk kami ke jalan yang benar..

posing dalam tuk-tuk

mekasih abam tuktuk

terus dijemput gituuhhh.. Bangboo Halal Seafood. tatau la nama ni memang saje untuk menarik perhatian atau dorang main balun je ejaan tu. positiflah, saje je eja gitu kot

perabot berasaskan bangboo opsss bamboo. kreatif!

Liana yang kerisauan. jelas terpancar pada raut wajah kihkih kesian beliau, makan dulu ok sis?

nasik goreng ketam kot aku order ni. dengan Coke. seme skali THB138. tak sampai RM15 la time ni.. sekarang dah lebih la kanz
Lepas makan dengan kenyang dan gembiranya happy tummy, kami pun jalanlah round-round.. Survey pakej ape yang sesuai untuk aktiviti halfday.. Sambil tu perati jugak harga body massage. Aku la tu yang nak, untuk malam kang laaa kan. 




posing sepam
bus stop cun tapi rosak jahnang, memang sesuailah ubuh patung monyet tu. monyet betul!

 

Dah abes survey cari pakej, akhirnya kitorang decide untuk halfday island hoping - pegi satu pulau je pun yakni Railay Beach. Eh ke Railay Island? Lantaklah haha! Tambang pegi adelah THB200 sorang, naik bot pancung tu je. Ko kalau takut naik bot ke sampan ni tah tak reti nak cakap, bayau lebih sket boleh naik bot yang up sket. 


uish takde la kitorang naik sampan tu.. giler kau haha nebes la ai

waiting..
 
ok let's go sis!
Masa nak naik bot tu.. alamak geramnye aku. Bole tak ko tarik bot tu ke pantai sket, geram betol! Abes basah suar pende aku ok semata-mata nak panjat bot. Eieieieieieieieieiei dah la suar aku kaler kelabu (suar panjang lah!), basah lak tu eieieieieieieieiei jengkel!

untunglah deting..hmmmmmmmm



Sesampai di sana, jalan-jalan jelah. Takde limit pun lama mana ko nak stay. Ade resort kat situ, means kalau nak tido situ pon boleh (waaaaaa i tell u the obvious ni kahkah). Nak balik tu naik bot memana pun bole, yang penting tunjuk tiket.

indah sungguh panorama

bagai pulau nirwana

uu  laaa laaaa

tropikaaaaaaaaaa

Liana dengan Cecek kan.. kejenye asek nak snap orang-orang separa bogel jeeeee ntah ape yang disuke nau tah! Pervert! Hahahaahahahahaha 



aku je pakai sipar buruk sebab sipar cantek tengah MIA masa ni sobs

Tak lama pun kitorang lepak sini, bukannye nak mandi pun kan. Dalam sejam gitulah.. Pastu weols pun berambs. Babai Railay!

Balik dari Railay tu, weols jalan kaki sampai hotel. Malas dah nak naik tuk-tuk (malas ke nak save bajet? lalalala). Lagipun sambil jalan tu bole la keringkan(lahsangat) suar yang dah basah lokos tu.

beli air bateri nak minom. air mineral lah! THB10 yakni singgit je

Sampai hotel, bergilirlah untuk mandi dan solat asar jamak siap. Dalam pukul 6 ke 7 tah, van pun datang kutip kitorang untuk ke pasar malam. Tambang van nak ke pasar malam adelah THB200 sorang. Jauh gak laa sebab tu mahal ciked sis.

Dah sampai! Mari membeli belah dan berpecah belah (?).


banyak aku melabur kat kedai mamat ni sebab kiut2 barangnye. barang jualan laaa bukan barang dia!



ape tuuuuu macam sedap je


skelep! (tengok je sobs)

kacang gajus lekit singgit satu, yang belah kiri tu 3 ketoi singgit kalau tak silap. ke 5 ketoi?

ade kejadian kat sini. masa ni takde orang tau so kitorang order la.. sekali datang satu famili cina bukit mana tah order gak. bile kitorang dapat dulu, kemain melenting lagi. eh bodoh ni. kau ingat aku tercongok berdiri depan kedai pakcik ni jadi pelaris je ke? aku pon order la bodo!

rileks. cecek dengan liana amek banana coklat, aku amek banana nutella. mestilah ai punye lagi sedap hiks

makan dengan rakus

macam nak tapi macam tak larat nak makan dah time ni

Jumlah kewangan yang dibelanjekan di sini adelah THB775. Beli burger ramli (untuk brekpes esok), pancake, kacang lekit, kuih kecik2, mieng kham seperti di bawah, fridge meknet, beg uncang untuk osmets, beg untuk kakak PA, dan t shirt selai untuk diriku.


Balik dari pasau malam, kitorang mintak kat abam driver untuk dropkan kat area masjid sebab nak cari lagi banana pancake tu. Sayangnye kebanyakan kedai dah nak tutup, yang bukak tu takde pulak berkenan di hati weols. Akhirnye ternampak satu restoran ni, budak dorang ni dah lapau nasik pulak. Mek kenyang lagi, lagipun dah niat nak mamam mieng kham tu. Pastu tengok jam halamakkk sempat ke nak masaj ni. Mana bole masaj lepas makan uolsss... Memula ingat nak tunggu dorang abes makan baru nak gi masaj. Tapi cik tukang masak kata lambat lagi nak siap. Makanya.. aku pi masaj dulu, dorang pi makan.

Tak snap gambau lak kat massage parlour itu sis. Gelojoh sangat nak masaj satu badan ni kehkeh. Masaj full body dikenakan cas sebanyak THB 250 sajork. Ekcely ade tempat lain yang bole bagi THB200 tapi aku dah tak ingat kedainye yang mana satu hahahaha! Kuaser lak nak cari, dah le malam.. Kang makin dicari makin takde, langsung tak dapat lak nanti.

Full body masaj ni takyah bukak pape pun.. Sukorlah. Mamat seblah aku tu cina Msia. Meraung2, kene lipat lettewww wakakakakakaka. Sejam jugaklah masajnye, dap wehhh.. Rasa lega sekujur badan nan kedinginan gituh. Setel bayau, tengok2 makcik dua orang tu dah tunggu depan kedai. Siap tapau, nak bagi aku rasa konon.. Padahal makan tak abes sebab banyak sangat hahahaha

pic lepas masaj. tak nampak lak nama kedai tu haaa memancau-mancau lampunye

Balik hotel naik tuk-tuk (THB30 sorang).

tak merasa nak amek gambau dengan todak ni! eh todak ke?

hmmmm syahduuu malam berlagu sepi

Sampai hotel, makan-makan (aku la), sedap gak nasik goreng dorang beli tu tapi aku jamah ciked je. Sidai suar yang basah lokos tu dalam bilik. Kemas-kemas beg, waksek-waksek update tu ni tu ni dan memacul lah! Esok nak gerak pukul 6 ke 6.30 pagi, macam tu lah.

siap ade chandeliar koooo.. kelas tak, walaupun tak nyale hihi

tergelak besau aku tengok van ni siap dah terponggok depan bilik. ingatkan naik van ni, rupenye bukan hehehe
Bersambung!

No comments: