Tuesday, January 13, 2015

966: Dah 2015! Aku pun dah 20+15!

Salam semua.. Selamat Tahun Baru(lahsangatdahberapaheblanniwoi)!!

Masyaallah bro and sis.. Kemalasan apekah yang melanda aku ni sampai bukan tahap berhabuk, hampir nak jadi piramid tempat simpan Firaun dah blog aku ni. Blog yang suatu ketika dulu menjadi tempat aku bercerita dari sekecik2 kes sampailah sebesar2 gajah. Ok tipu.

Macam aku cakap aritulah. Bukan takde mende nak cite. Tapi bila dah bukak, dah ready nak taip.. tetibe rasa tu hilang. Dah tua ke mende ni tah. Rasa-rasa banyak perkara rela ditelan begitu saja, tu sebab aku makin gemuk. Banyak sangat menelan. Tsskk.

Syukur alhamdulillah.. aku dah selamat menjangkau umur 35 tahun dengan sihat walafiat walaupun takde suami nak buat seprais sambut besday kaa nak anto bunga kaa. Takpelah. Rejeki aku lain, rejeki orang lain. Rejeki orang lain anak-anak dah masuk skolah, rejeki aku anak-anak berpecah menjadi darah period je tetiap bulan. Tu pun syukur gak laa.. daripada tetibe mengandung kan.

Haa tengok. Bila dah start menaip ni mula la nak cakap yang bukan-bukan T__T

Rasa nak up gambo adiah-adiah dan kek-kek sebeday yang diterima tapi nantilah. Untuk kenang-kenangan aku je pun, dan untuk menghargai pemberian serta kemurahan hati orang - bukan untuk orang berdebat dalam hati nak kata aku menunjuk ke hape. Gilelah kalau ade yang pikir gitu. Tapi rasanye kekawan aku takde kot yang macam tu kan.. Kan kan kan.. :)

Sebenarnye la kan. Jauh nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun di dasar hati yang terdalam. Sedih. Adelah tu benda yang aku sedihkan. Perati je. Sebak sorang-sorang. Dahlah takmo pikir.

Tahun ni abang-abang aku macam sepakat membawa berkat nak carikan jodoh untuk aku. Bak kata Angah - "all out!". Moga-moga adelah. 

Ape yang aku genggam dan dakap dah bertahun ni rasanye memang bukan ditakdirkan untuk aku. Walaupun aku mahu secara sangat dan bersungguh. Bila harapan yang aku pernah nampak dulu macam dah semakin pudar dan sirna bak kata orang seni berpujangga, maka kenalah aku start untuk berfikir pasal aku balik semula la ye tak. Orang lain bukanlah tak berfikir pasal aku. Ade. Aku nampak. Tapi... takat tu jelah.

Takpe, ai tak paksa yu ok :)

Jom, korang. Carikan jodoh untuk aku. Hehehehe 

awak taknak ke saye?