Wednesday, February 04, 2015

967: Sawadikap : Berdua Lebih Baik Trip - Day 1

Salam semua!

Sebelum start, saje nak mukadimah dengan perkara yang takde kaitan.

Aku rasa kan kita semua ade je kenal dengan orang yang tak kisah nak menjaga hubungan sesama rakan taulan. Sebab dah berbini / berlaki / beranak pinak, maka katanye yeah buat ape nak kesah member terasa ke watever, yang penting bini / laki / anak aku. Ini duniaku temanya. Ah yelah. Betul lah tu. Tapi lupe plak satu perkara. Sebagaimana rakan taulan boleh datang dan pergi dalam hidup, rasanye tak pernah pulak kejadian bini / laki / anak datang dan pergi dalam hidup ni tak berlaku. Khen. So. Treat people around us fair and lovely. Lulzzzz

Ok sekarang kisah sebenar.

Trip berdua lebih baik bersama Kakak Ostajah Siti Normayah ni dah lama diplan, rasanye dalam 2 tahun ade kot? Kononnye masa tu aku macam terasa2 nak kawen je (sekali tak jadi wakakakakahak) so kakak ostajah kata before u get married we should go somewhere we belong together forever. Akhirnya tiba jua saat itu menjelang tanggal 24 Januari 2015 nan lalu.

Kakak ostajah set nak jumpe kat KLIA2 pukul 9.30 pagi. So aku pon berpikir guanekah caranye yang mudah dan menyenangkan untuk aku ke sana sendirian tanpa berteman.. kesoooorangaaaaaan. Syukurlah sohabatku Rozan mencadangkan (ekceli aku ade jugak plan camni tapi maluew) supaya aku memarking kereta kat umah dia di Putrajaya, dan kendian dia akan anto ke ERL Putrajaya. Oklah tu. Sekali... pagi tu tetibe je plan menjadi lebih baik (untuk aku la). Dia n suami terus anto aku ke KLIA2. Oh my Allah.. thanks uols.. Sis siriesly terharu, tahan sebak di dada(lahsangat). Allah bless you, my pren *cium pipi*

Sementara tunggu kakak ostajah tiba, sempat lagi waksek dengan Ex ku ittew. Ater dia pun ade kat KLIA2 gak time tu cumanya.. eh apsal lak aku nak cite kat korang ni wakakakkaak takyah ah. Ok kakak ostajah pun sampai, kitorang gi sarap jap kat mekkonal. Dan teruslah naik flight pada pukul 12++ tengahari... Dalam flight mamam roti canai, tapau mac n cheese. 3 jam kendian, tibalah kami di Chiangmai..

Ade kejadian kat epot masa tu. Terbergaduh pulak dengan pelancong dari France wahahahaha anjink ah sape suruh potong Q. Gi mamp! Lepas dah jumpe dengan tour guide kitorang bernama Amy, teruslah kami pegi kutip satu famili ni.. (kiranya kitorang join dorang la ni nanti hehe), dan teruslah pegi check in hotel untuk solat.

Plan day 1 ni berubah dari jadual asal. So lepas solat terus shoot ke Doi Suthep Temple. Ah tengok gambo ah.



ade dua alternatif nak naik temple sanun, nak panjat tangga kaa nak naik kerete kabel. well orang kata kita ni janganlah kufur nikmat makanya kereta kabellah pilihan kami. hahahaha


eh apsal gambau tonggang langgang ni ishhh ni kat pintu masuk belah bawah


ade jual-jual kat bawah

dah kat atas








muka sebal sebab nak posing tapi bebudak ni asek laa berlegau2 kat situ. gi la main tempat lain!

Lepas tu kitorang terus shoot untuk dinner. Lepas dinner baru pegi Night Market. Gambau!


tak sempat nak jenjalan area ni huhu. eh sebenarnye bole tapi penatlah sebab kawasan ni jauh daripada hotel kitorang tsskk

halal ni awaa


famili terbabit :)

lada hitam hidup

night market



sempoi bawah meja kedai ade tv, clear lak tu siaran lulzz

kakak ostajah tengah pura2 tak perasan orang snap pic dia kihkih

santeknyeee

santeknyeeee

haa ni la nama dia. Kalare Night Bazaar hehehe

tak masuk lak dalam ni, sekarang macam menyesal ciked


Lepas dah round tu, cadang nak balik la terus sebab esok kene bangun awal katakoo. Tanye tuk-tuk, dia mintak 200 baht = RM20 nak anto sampai hotel. Amy kata patutnye bole dapat dalam 100-150 baht. So kitorang masuk jap dalam bazaar, sekali kakak ostajah belanja eskrem setelah melihat aku terkulat2 bagaikan anak kecil tatkala ternampak eskrem. Auuuumm mekasih kakak! Gambau ade kat beliau hehee


Lepas mamam eskrem, try lagi skali tuk-tuk lain lak. Cehhh sama je harga. Siap mamat tu amek map, tunjuk kitorang sekarang kat mana, pastu tunjuk hotel tu terkeluar lak dari map HAHAHAHAH ok laaa ok laaaa. Dah malas nak cari lain, lagipun dah malam. Naik jelah.

pestaim naik tuk-tuk. eh yang kat Indonesia tu tuk-tuk gak ke? kalau sama, ni dah seken timelah.

 


Sampai hotel, serabut perut jap sebab 1: wifi kene bayau, 2: takde iron. Mintak iron dari recep mampus dia pulak tak paham aku cakap. Aku lagi laa tak paham amende mamat n minah tu cakap (*@#&@^#@%#!@ apebende laa keje hotel takleh paham simple english ni.. saye kesal walaupun saye cuba memahami bahawasanya dunia kita berbeza. Dah lah malas nak pikir. Dengan perasan berbuku di dada, solat dan tidoooo (padahal takleh tido pon sebab sojuk bona + tukau tempat tido huhuh)


Tamat hari pertama. Bersambong emma maembong.