Tuesday, January 26, 2016

992 - Trip Gegar Kasino Bersama Sis : Macau! Hari 2nd Bahagian Pertama

Salamz!

Hari kedua di Macau darul Kasino. Pagi dimulakan secara lek-lek sebab aktiviti arinie adelah nak pegi :
  1. Cable Car di Guia Hill
  2. Guia Fortress Lighthouse
  3. Venetian City 
Memandangkan nak jalan kaki je untuk dua perkara di atas, weols pun berlala lalala.. Sarapan makan ape eh pagi ni.. Bubur kot, kakak ostajah punye. Sambil tu aku berfikir-fikir pasal peristiwa semalam. Betulkah kitorang dah cover Senado Square? Macam tak caye je hmmmmm. Lalu ku gugel imej, sah lah. Kitorang belom jejak lagi Senado Square tu hahahaha! So cadangnye lepas balik dari cable car dengan lighthouse tu, barulah weols ke SS.

Dah pukul 10 pagi kot baru kitorang gerak. Berdasarkan gugel map yang aku dah print dari Msia, kami pun memulakan seribu langkah dengan langkah yang pertama cewah.






sampai kat area sini tetibe rasa cam lost. jap. mana map Macau tu kakak?

berusaha mengkompare antara gugel map dengan map di Macau

Takpe2, meh jalan meh. Jalan sambil tanye orang sebab at one point yang sebenarnye betul, kitorang takleh nak jalan sebab laluan tu ditutup. Terus lost. Tanye tanye orang, kemdian menderhaka lantas sesat lagi sekali hahahaha sibbaik cuaca sejuk weh, kalau panas terik time tu aku rasa sebelum kakak ostajah mengamok kat aku, aku yang mengamok dulu pada diri sendirik.

tersenyum walaupun dalam hati gelabah, takot kene marah lulz

posing lagi


dalam sesat-sesat ni jumpe plak taman

haaa sekarang ni citenye cemane nak gi atas tu, tolongzzz

akhirnya kakak ostajah masuk ke dalam skolah dan bertanye pada sorang student ni, dan dibantu pulak oleh encik guard. alhamdulillah..

Setelah sejam kitorang berjalan, akhirnya ketemuk jua! *sujud syukur dalam hati*

posing seround
Nak naik ke Guia Hill ni ade dua pilihan - sama ada nak manjat bukit jalan kaki atau naik cable car. Nak panjat tu pon rasanye takde masalah sebab dorang dah siapkan trail memang elok punya, tapi weols kan nak jugak naik cable car. Don't care!

amek tiket return - MOP3 sajork. sehala kalu MOP2

takleh amek gambo kat sini, apsal tah. rahsia sangat kewww

sibbaik dah snap. nak turun tu dia amek teros tiket ni. hmmm


dah sampai!

rajinnye bersenam orang2 Macau ni hamboih

nak gi lighthouse. jom!
Ade beberapa laluan untuk ke lighthouse, kami sebulat suara sepetak kata-kata memilih laluan belah kanan (eceh cakap macamlah korang nampak jalan tu dalam ni kan hahahah). Hamek kau kanmain curam lagi, rasain loh!

tu dia atas tuh!

Sebelum naik ke lighthouse, kite round dulu dalam Guia Military Tunnel ni. Ade 3 set tunnel bawah bukit ni tapi ketiga-tiganya tidaklah interconnected. Why? I dunno sis. Tak dapat nak mendalami sejarah sedalam-dalamnya. Nanti gugel eh.


kalau dibacanye sume dalam ni, petang kang laa baru gerak balik huhu


udah keluar dari tunnel, sekarang nak pi lighthouse



pintu masuk



kalau tak silap pembacaan sekali lalu aritu, benda ni berfungsi macam bendera la.. setiap satu tu membawa maksud jenis taufan yang berbeza. dinaikkan untuk memberi amaran awal pada penduduk Macau. haaa gitulah tak silap pemahaman aku.

"takpe, biar abang tunjukkan secara grafik ape maksud adik baby"

ni seme gambo2 post-taufan yang pernah melanda Macau. gituhhhh

information centre










posing!

Dah habis pusing, kitorang pun turun dengan tenangnya..



Kalau diikutkan map, macam dah tak susah je nak gi cari tempat lunch iaitu Arabian Kebab. Mebi sebab aku pun tak sangka kedai dia cinonet kot, aku dok bayangkan dia macam restoran. Maka berpusing-pusinglah kitorang kat area Senado Square ke atas sampai sejam kot mencari kedai tu huhu. Tanye orang siap tunjuk alamat, diorang pi tunjuk Senado Square so saaadddddd T_T Takpelah, anggap jelah ni balasan untuk orang yang malas bersenam macam aku hahahahahaha

ini masa sesat. sebenarnye tak sesat, tapi salah masuk jalan. bila dah biol tak paham map, ginilah. padahal tempat ni macam block by block je kot huhuhu

alley between Lou Kau Mansion dengan kedai makan
 
sibbaik teragak nak snap. St Dominic's Church. antara bangunan lama yang termasuk dalam kategori must-see la gituh.

kakak ostajah sedang bertanye2


Masa dok pusing-pusing mencari tu, kitorang disapa (ecewah disapa bapa mu!) sebanyak dua kali oleh grup Indon. Dorang dok cari 'gereja yang terbakar'. Hah? Ade ke? Aku tengok elok je seme. Dah sampai Mesia dua minggu kendian baru aku terpikir - adekah dorang mencari Ruins of St Paul? Setelah digugel barulah tau.. rupanya Ruins of St Paul tu dulu terbakau masa taufan pada 26 Januari 1835. Hahahahaha eloklah tu. Yang satu gi melancong tak baca sejarah, yang satu lagi gi melancong tau sejarah tatau nama tempat. Memang padan la tuh bertembung hahahaahahah

Oklah setelah merayau hampir meninggal (tipuuu) alhamdulillah bertemu jua. Mekasih abam sekuriti kat Lou Kau Mansion sebab tunjukkan jalan. Leceh takde wifi ni, kot tak bole guna waze ehehehe.

ni haaa kedai nan terpilu ittewwww di jalan Travessa Jos Anjos! lorong dia ni dekat dengan lorong Hotel Towns Well. depan toys r us. abam kebab tu nampak aku nak snap, bole dia jerit 'halal! halal!' ye bangg aku tau laaa sebab tu aku datang ni

yang kaler biru beso kat bangunan tu.. dia tulis toys r us. tatau la kot memang toys r us kat situ, tak tengok sangat lulz

Kata kuncinye nak mencari tempat ni adelah kesabaran yang menggunung hahahah! Sibbaik cuaca sejuk weh! Ya udah jom order. Memula aku nak amek mix kebab sebab sama je harga dengan beef kebab n ciken kebab, tapi memandangkan macam leceh je nak order asing-asing sebab kakak ostajah nak beef kebab, so aku pon order perkara yang sama jua. Up dengan air pepsi sekalik. Harga kebab MOP35 kot. Air tak ingat, nantilah cek balik *mana pegi buku kecik aku ni isk*

makan! aku pi mintak yang spicy, meleleh2 airmata. gaknye dia letak extra kot, aku main angguk je masa order tu huhuh

Setelah setel aktiviti memenuhkan perut, kitorang patah balik ke Senado Square tu sebab nak amek gambo. Tadi walaupun dah lalu namun belom posing lagi. Jadahnye nak posing kalau dah lapau, kang timbul pulak rupa naga hihi

Senado Square tengah serabot, dorang dok prepare nak raya huhu

tengah cari angle cantek
berlatar belakangkan Holy House of Mercy

Leal Senado Building (Municipal Council)




Ok takleh nak lama-lama nau kat sini, dah masuk asar. Lepas solat kang nak gi Venetian sanun nak naik gondola pulak. Ya udah jom pulang ke hotel kita yang permai ittewww

Bersambung!

6 comments:

tiga lalat said...

bestnyer macawwwwwww., ;p

Masy said...

en me,
apelagi, silekan pegi! :)

Mya said...

kira bkn salah kita la masa nak cari guia hill tu.
dah memang 1, jalan atas tu dah tutup. 2, entrance asal kat sekolah tu pun dah tutup.

yang bab cari kedai kebab tu memang mendatangkan amarah betui.
akak tak puas hati, tu sebab nakkkkk jugak cari.
bongok la map tu. ke kita yang bongok taktau baca map? haha.
ah tak kira. memang salah map tu. titik.

Masy said...

kakak ostajah,
yang guia hill tu memang bukan salah kita hehe

bab kedai kebab tu, sy rasa kite eh ok lah sayelah - sy dah penat kot sampai jadi biol sebab tak paham. bile dh jumpe, belek balik map tu.. betul la map tu. kite dah terkeliru sbb map tu kan mcm tak detail gituuh..

eh tetibe mcm betul lah pulak salah map. oklah, salah map. hahahahahaha

Mya said...

yeke salah kita? takkk takkk takkkkkkk.
salah map. dan salah jalan yg merepek2 hahaha

Masy said...

hahahahahaahha yelah2 hahaahha