Thursday, January 28, 2016

993 - Trip Gegar Kasino Bersama Sis : Macau! Hari 2nd Bahagian Kedua

Balik hotel, terus solat ape sume. Rehat kejap.. Pastu teruslah kita turun bawah balik.

Kalau diikutkan tentatif, macam neves gak nak kene pegi hotel depan dan tanye kot bole naik free shuttle ke City of Dreams sanun. Ditakdirkan Allah, memang dah ade free shuttle bus dari COD ke hotel weols dan sebaliknye. Alhamdulillah... Itu pun memula ingatkan orang2 yang nak gi berjudi je yang boleh naik bas tu, rupanya tidak ye tuan-tuan dan puan-puan. Kite sume layak menaikinye. Yahuuuuuuu!!~


acah-acah tiket bas tapi bukan hehe

dalam bas ade free wifi

Perjalanan dari hotel ke area City of Dreams ni mengambil masa lebih kurang setengah jam jugak. Kawasan COD ni kat seberang di belah pulau sanun.. Sile gugel untuk gambaran jelas eh. Sedikit trivia berkaitan City of Dreams via wikipedia untuk pencerahan adalah seperti berikut :

City of Dreams, widely known as CoD or CoD Macau in the industry, is in the style of a podium, with four towers: namely the Hard Rock Hotel, Crown Towers Hotel, and the Grand Hyatt Macau (2 towers). A 47-story luxury apartment block is planned for a later phase of development. Its three-floor podium includes a mega-casino, over 200 shopping facilities and hotel guest facilities. City of Dreams has 420,000 square feet (39,000 m2) of gaming space with 450 gaming tables and 1514 machines, over 20 restaurants and bars, including one of the largest in the city. The property also includes 175,000 square feet (16,300 m2) of high-end retail space (The Boulevard) spread across two levels.
The first phase of City of Dreams opened on 1 June 2009, and the Grand Hyatt in November 2009. There are two theatres, the first, called "The Bubble", currently shows an immersive HD media projection presentation entitled "The Dragons Treasure". The second, the "Dancing Water Theatre", opened in September 2010. It features an in-the-round water show, the largest of its kind in the world.
Gituh.

Dah sampai, kitorang turun kat sebelah Hard Rock Hotel. SOHO nye tu la kot namanya, pastu dari situ jalan kaki ke Venetian Hotel. Dekat je.. dalam 400 meter gituh jaraknye. Ni dah alang-alang ade kat SOHO dan HRH tu, kite snappy-snappy lah dulu ye dok hehe

 

pompan belakang tu tatau la manusia betul keee or 3d grafik (?) ke.. yang pastinye berenang2 jadi mermaid nampak nenen

ni kat tingkat atas, nak round2 pastu nak masuk HRH. tapi ini bukan HRH hehehe

 
ni dah kat HRH tu la rasanye


 Jom berjalan ke Venetian..






Venetian Hotel dari kejauhan

tadi drop kat situlah



haa kene lintas jalan kat situ. ni aku snap dari depan Venetian tu


berjalan nak pi naik gondola kat tingkat 3

selpiaq sepam (banyak pam senornye, up satu jelah hihi)

terasa wow sangat masa ni
  
Sebelum nak naik tingkat 3 tu, kitorang kene melalui selautan manusia yang sedang asyik berjudi *insert lagu M Daud Kilau*. Aku nak snap pic kat pintu masuk tu tapi guard tak bagi. Hek elehhhh pintu depan je kot, bukannye nampak taktik2 nak berjudi pun *jengkel*. Wuteva. So setelah dah diberitahu tentang tujuan kitorang nak pi ke tingkat 3 tu, encik guard pun bagilah lalu... Oh ye, nak lalu kat kasino ni pon dia tanye dah aqil baligh kaa blom? (ok tipu tapi ade had umo lah).

tu semorang tengah berjudi dengan riang
naik tingkat satu dulu.. eskeletor lengkok tu. jakun ai
haaa tu dia nampak dah sign!

aku tanye kakak ostajah, gaknye samekah tempat ni dengan kat The Mines tu? entah, jawab beliau. mmm k. hahahaha

mari mengutip tiket. boleh jua dibayar dengan kedua-dua matawang yakni MOP atau HKD. sama je rate, no prob. kami bayar guna HKD. tambang bernilai HKD128 seorang
kene naik 4 orang, nak private kalu, gi matih sane! lulz taklah. nak private, bayau ah ape susah


Tunggu lama tak lama gak la.. Setengah jam? Tak sampai setengah jam kot, entah. Aku berangan je masa menunggu ni. Padan muka tertinggal buku cerita kat umah, dah letak siap2 tepi beg pon boleh tertinggal lagi sobsob.

posing sebelum naik

naik dengan family dari Taiwan. hai awak sume, satu hari nanti saye nak gi gak Taiwan hihi
 



mamat Julio ni ya Allah hypernye, terlebih gula kot. kemain lagi nyanyi2, lagu melayu lagu cina lagu omputeh. nyanyi tu takpelah jugak, dioleng2nye gondola tu adohaiiii kalau terbalik gondola ni kau siap Julio!

Tapi walaupun Julio ni terlebih gula, seronok laaaa sebenarnye. Barulah rasa terhibur dan berbaloi2 membayar, dah la mahal kan. Takat naik diaaaam je baik naik sampan kat Chiangmai sane ye tak! Kat Chiangmai pon berbunyik kot abang kayuh tu hihihi. Mekasih la Julio, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan inniew *thumbs up*

Dah setel gondola, macam biaselah mesti dorang akan sogokkan dengan cadangan subinier. Ekcely sebelum berlayar tadi, haruslah amek gambo dulu kan guna kamera deyols. Oleh kerana nak beli gambo tu mahal tapi nak gak subinier, kitorang pun beli jelah key chain yang tepek gambau tu.. Harganya nanti ai cek balik.

see, glamer si Julio ni. maskot syarikat katakoooo
beli ni je kat situ. satu saye punye, satu awak punye ;) sekeping MOP25. paling murah la kat situ hehe
dah jom balik
posing dulu sebelom berams
korang kalau banyak duit, gi la tengok dancing water tu. terbest di dunia katanye. dah best mestilah mahal koff koff koff
posing lagik
masa drop, dorang drop depan hotel. nak kutip, kene turun underground. sila tunggu di signboard yang betul ye hehe

Dah sampai hotel, kitorang pi balik kat area Senado Square tu sebab kakak ostajah nak beli t shirt dengan fridge magnet. Yang aku ni aim nak beli cherry je, fridge magnet tu ade la sambau seketoi dua je kot. Satu untuk mak den, satu untuk bos den.

aku rasa aku kene kelentong kot masa ni tapi takpelah. seumur hidup beli cherry pun ini jelah sekali, takyah nak pikir berat2 kepala sangat ye hehehe

Sebelum balik tu, nak cari tupperwareeee nak cari tupperware. Ater kitorang ni sorang pun tak ingat nak bawak tupperware walhal dah plan nak tapau bawak nasik untuk lunch esok. Ya adoiiiii penat kuar masuk kedai (macam la banyak kedai jual barang rumah pun). Last kopek, singgah kat kedai yang kakak ostajah beli payung semalam (eh tak cite eh, lantaklah hahaha). Alhamdulillah ade jual.. Sebekas berharga RM10 saje gais. Made in Japan lagi. Ape lagi yang kakak ostajah dan adik baby mahu? Hahahahaha!

Setel beli barang, balik hotel. Sementara kakak ostajah mandi pe sume, aku pun siapkanlah dinner. Bolehlah merasmikan tupperware baru hihihi. Panaskan nasik goreng kampung cap Brahim's dan sambal ikan bilis cap Brahim's jua. Aku harap kenyanglah perot kakak ostajah sebab satu peket tu aku kira untuk makan berdua. Kalau orang yang kuat makan nasik, tak cukup kot kalau kongsi. Untuk saye yang bernapsu besau tapi berperut kecil ni, cukup je alhamdulillah..  :D

kiut kan tupperware. bekas yang dua tu boleh dikeluarkan lagi, hebat!


Dah makan, dah mandi, dah iron baju. Tibalah masanya untuk aku pegi meneran sebab dah dua hari tak birak (tu pon nak cite). Haaa ni lagi satu masalah aku. Bile travel ni kalau nasib super malang, nak birak pun payah. Ni lebih sejam aku bertapa dalam jamban nak memujuk punye pasal huhuh. Dah laa susah nak birak, pastu susah nak tido pulak T______________________________T 

Wuteva. Bersambong!

2 comments:

Mya said...

hahaha. mana akak tau. tak penah pegi yang the mines tu laaa..

terasa rasa lagi sentuhan julio di sebalik tudung putih ku itu.
nasib baik ada alas. kalau tak batal wuduk hikhokhikhok..

Masy said...

kak mya,
hahahaha gondola di obersi disusukan, gondola di mesia mati kelaparan!

hahaaahaahahha