Monday, February 01, 2016

994 - Trip Gegar Kasino Bersama Sis : Macau! Hari 3rd Bahagian Pertama

Salam senin uols! Ok sambung!

Pagi ni kene gerak awal sebab nak ke Outer Harbour Ferry Terminal - nak gi naik open top tour bus atau dalam nama lain HOHO (hop on hop off) bus. Rasanye lepas subuh tu dah tak tido dah kot, rasa nak birak la ape pastu nak siapkan makanan untuk tapau lunch nanti. Ewah siapkan makanan tu macamlah nak masak bihun goreng ke ape hahaha! Panaskan nasik dengan lauk rendang je. Pastu nak masak brekpes lagi. Aku makan ape hah.. Roti kot? Roti cicah sambal. Kot laaa lupe dah. Memula cadang nak naik shuttle bus pukul 9, last-lastnye tukau 9.30 pagi. Kes takmo rushing2 runsinglah. Hehe

dalam shuttle bus. tapi van. hehe

Sesampai kat sane, ade rasa macam blur sebab nak cari kaunter tiket dulu. Bile tanye macam biaselah.. geleng hajeee kau ye. Tapi bukan semualah. Mana yang belom pape dah geleng tu aku assume sama ada dia memang malas nak tolong ataupun tak reti english hatta sesimple2nye hmmmmm takpelah. Syukurlah ade gak jumpe orang yang walaupun english tau sepatah dua je tapi membantu sangat2. Thanks adik bas!

Dari tempat parking bas bebanyak tu, kene ke seberang sanun untuk ke kaunter. Laluannya bawah tanah, jangan ko pi melintas feeling2 KL lak hokeh.


tiket HOHO bus dan jugak tiket untuk naik ke Macau Tower berharga RM147 sorang. hok ni kakak ostajah yang setelkan via online so korang tanye dialah eh. aku ni ikot je hehe

beli secara kombo dapat murah sket kata kakak ostajah. ooooooo kata aku

Bas pertama yang gerak tu dalam pukul 10 gitulah kot. Kitorang berdua je pulak tu wakakaka happynyeee bole la selfie2 sepuas hati. Kata pun jakunisme is all around.


OOTD same dengan bas haha

chulbal!! *eh tetibe cakap korea lak*

Satu trip ni amek masa sejam gitu untuk pergi ke kawasan-kawasan wajib-kunjung (ok ini buat term sendirik ni haha) kat Macau ni. Dia akan lalu je, kalau korang nak turun amek gambau pe sume, boleh saje. Tapi dah turun, kene tunggu next bas lah, takde la naik bas yang sama. Kalau gi sana jangan lupe mintak jadual bas kat dorang, so korang boleh bajet timing nak lepak kat satu-satu tempat tu berapa lama, dan boleh tau waktu ketibaan bas yang seterusnya. Haa paham tak, aku dah try buat ayat sehabis baik ni untuk menerangkan situasi ni hehe.

Untuk kitorang, takde la turun semua tempat sebab dah bajet nak turun kat tempat yang penting² je iaitu :
  1. Kun Iam Statue
  2. Macau Tower (ini major highlight ni hehe)
  3. A-Ma Temple
  4. Fishermen's Wharf (pun another major highlight hihi)

Ok first stop - Kun Iam Statue. Mengikut kata kak tourist guide dalam bas tadi, ni statue Dewi Kuan Yin. Aku dari dulu familiar dengan nama dewi ni je kot, nama dewa dewi lain tak tau hehe. Bawah statue ni ade pusat penerangan yang senyap sunyi kihkih

dari kejauhan

dari kedekatan


senyap sunyi macam takdak orang. memang takleh bising pun dalam ni. huhu



selpiaq!

"This 20m-tall bronze figure, emerging Virgin Mary–like from a 7m-high lotus in the outer harbour, is probably the only statue in the world of the goddess of mercy that is not facing the sea. The lotus shelters a small and unspectacular ecumenical centre, which distributes pamphlets on Buddhism" - lonelyplanet.com

Berenti kat sini nak dekat 20 minit jugak kalau tak silap. Bukan saje2 nak berenti lama tau, dah memang next bus tu sampai 20 minit kendian hehe. Setel posing sini, kite ke next station yakni.. Macau Tower!

Kat sini kitorang lepak lama laa sket. Tapi takdelah berjam2, motip sangat. Hahaha

hello! nice to meet you!


"The tower measures 338 m (1,109 ft) in height from ground level to the highest point. An observation deck with panoramic views, restaurants, theaters, shopping malls and the Skywalk X, a thrilling walking tour around the outer rim. It offers the best view of Macau and in recent years has been used for a variety of adventurous activities. At 233 meters, the Macau Tower's tethered "skyjump" and Bungee jump by AJ Hackett from the tower's outer rim, is the highest commercial skyjump in the world (233 meters), and the second highest commercial decelerator descent facility in the world, after Vegas' Stratosphere skyjump at 252 meters" - wikipedia

so kisahnya nak pi naik Macau Tower kene masuk dalam, turun eskelator ini, turn right, turun satu lagi eskelator and there you go.. bertemu kaunter di dalamnya :)

eskelator kedua ittew

Time capsule. kat atas tu tengah countdown


Tu kaunter tiket. Kite dah ade so takyah la ye. Round tengok kedai subinier jap, pastu melangkah menuju puncaklah. Sebelum masuk, orang situ snappy2 dulu. Ini biasalah ni, kang dah print dia suruh beli kahkah. Suruh je, tak paksa pun.

silekan menunggu di sini
Dengan adanya tiket ini, kite dibenarkan naik ke dua tingkat yakni tingkat 58 (Observation Deck - kalau tak silap hakak) dengan tingkat 61. Kat tingkat 61 tu stesen untuk korang yang berduit kepuk kot nak try bungee jumping, sky jump, sky walk dengan panjat tower macam stail Jae Suk dengan Kwang Soo kene masa mission kat Macau dulu. Eh korang layan tak Running Man? Gi tengok episod 133 sane! 

Tingkat 58 dulu ok.



ya adoiii kecut tahik sekejap

setelah beberapa kali mengejas keyakinan, baru dapat snap pic ni

kakak ostajah tetap nebes takmo duduk atas kaca hehe

seronok dapat paksa orang yang ketakutan ni hahahha (padahal sendiri pon takut gak)

takut tu simpan dalam hati. kompiden tu je yang wajib ditonjolkan sebagai tauladan

berani-berani buah namanya
tu tengah get ready nak sky jump. huhuhuhu

Mari kita ke tingkat 61 pulak sis!

kalau diberi pilihan dan duit di tangan, I'll go for sky jump and sky walk. bungee jumping tu errr... lemme think again and again and again *insert lagu 2PM*


pintu masuk


selamat datang!

mesin berkaitan bungee jump

orang-orang kayah. untunglaaaah








Ade gak orang tengah buat skywalk masa ni tapi entahlah kenape tak snap. Malas ke? Terkagum ke? Neves ke? Entahlah hehehe

comelnyewww tapi tak beli pon. kat sini (kedai sebelahnye) aku beli la jajan untuk osmets. pineapple short bread ke apetah namanye. tatau nak beli ape untuk osmets sume huhu

Dah abes round2 ni aku cadang nak solat dulu kat sini. Malangnye ye lah.. Ini bukan macam kat Msia ade surau, aku tanye guard kat situ kot la aku bole solat kat mana2 tempat tersorok pon dia tak bagi sebab ade CCTV huhuhu. Lastnye aku dengan kakak ostajah makanlah dulu, makan bekal. Kat dalam ade bench khas untuk lepak gitu, ade je orang lunch kitorang tengok. Sambil makan sambil apdet ape yang patut sebab ade wifi free hehehhe

berkecamuk lauk2 hahaha!

Abes je makan, aku decide nak solat jelah kat luar bangunan. Bentang sejadah kecik, setel. Elok je tengah lipat sejadah, HOHO bus pun sampai - alhamdulillah. Terus naik dan marilah kite ke A-Ma Temple.

"A-Ma Temple, situated on the southwest tip of the Macau Peninsula, is one of the oldest and most famous Taoist temples in Macau. Built in 1488, the temple is dedicated to Matsu, the goddess of seafarers and fishermen" - wikipedia.


mari memanjat



posing dengan colok gulung




ni tilik nasib ke apekah tatau. tapi pompan tu dok gosok2 tangkai bendalah tu sampai air dalam bekas terpercik2 gitu



tenang menghadapi rintangan untuk posing

ade maritime museum kat sini tapi malas nak masuk

birthday saiaaa

Lepak kat sini lama kot, dalam setengah jam ade. Terpaksa la.. kite folo jadual bas hehe. Ok last station, Fishermen's Wharf! Eh sebenarnye kalau ikutkan route sebenar, Fishermen's Wharf ni first stop. Tapi kitorang tadi kan nak kejaukan Macau Tower dulu hehe makanya abeskan satu pusingan ni, turun kat ferry harbour tadi pastu naik bas lain untuk perjalanan yang baru. Alamak, paham tak? Lantak.. hahaha! 

So.. Let's enjoy the view! Sejooookkk


mende ni kira keunikan kat Macau la.. aku tau lepas dah balik, sibbaik sempat snap kot tak terkilan sis


tinggi-tinggi kelapa bali


nak bawak jalan ke seberang, area City of Dreams sane

risau lak haku kot terlibas dengan dahan segalak lulz

nak masuk area City of Dreams

RunningMan dok hotel ni dulu!




nak berenti selfie kat sini bole je tapi takleh masa tak mengizinkan gituh


sejuk namateyyy masa ni brrrrrrrrrrrrrr

Dah sampai kat jetty, naik bas lain.

Masa dalam bas, kitorang diberitahu yang next bus ni adalah bas terakhir untuk arinie. Which means.. kitorang ade masa kurang setengah jam kot untuk round posing kat situ, ataupun kalau nak posing lelama, dipersilakan jalan kaki ke ferry harbour tu balik untuk amek free shuttle ke hotel lulz. Memandangkan hotel kitorang ade dalam route HOHO bus ni (tapi dia berenti kat New Yaohan, dah dekat lah tu dengan hotel), makanya better usahakan untuk naik jugak HOHO bus tu lah. So takdelah nak patah balik jetty, tunggu shuttle bus laa ape laa kan.

So.. jom. Fishermen's Wharf!

"The Macau Fisherman's Wharf (Portuguese: Doca dos Pescadores; Chinese: 澳門漁人碼頭) is a waterfront integrated, hotel, convention, dining, retail and entertainment complex. It is located at Freguesia da Sé in Macau Peninsula, near the Hong Kong-Macau Ferry Pier and a 15-minute ride to the Macau International Airport" - wikipedia

"The complex includes over 70 stores and restaurants in buildings built in the style of different world seaports such as Cape Town, and Amsterdam, a convention and exhibition centre, a marina, two hotels and a casino spanning over 133,000 m2 of area.The theme park gets 40% of its area from reclamation from the sea" - wikipedia

aku geram betei takleh masuk dalam ni. aku nak selfie kat sini laaaaaaaaaa









tak dapek nak round abes, round setengah ke tiga suku gitulah










Banyak gambau posing tapi yaaa udah lah tu hahahahhah! Jom balik!


posing lagi. takut esok tak sempat hehehe

Balik hotel dan berehat2. Malam kang nak round untuk terakhir kalinya. Esok kan udah mau pulang buk. Bersambunglah eh walaupun tak banyak mana citenye malam tu hahahah don't care!

Bersambung!

2 comments:

Mya said...

teringat atok yang terketar2 nak turun mini van tu.
tak sedar diri, sendiri pun terketar, ada hati nak tolong akak turun wakakkakaakah.

dan teringat juga orang gila kat museum marine tu.

atas bas tu memang sejukkkkk brrrr...

Masy said...

hahahahahahaha gentleman sejak muda, terbawak2 sampai ke tua. lupe lettewww dah terketar.. alhamdulillah berniat baik hehe

ya adoiii taksuke org gilerrrrrr