Wednesday, April 20, 2016

1003 : Short Trip to Royal Belum - Part 2

Esoknya dalam pukul 5.30 pagi, aku pun bangkit sesenyap untuk mandi dan nak siap-siap solat. Semorang tido lagi masa ni, untunglah sistur bole mandi sepuas hati lulz. Pastu sambung tido balik. Dah tuuuu sejuk kottt.. Punye la sedap tido sampai terlupe nak tengok sunrise ke ape ke (entah nampak ke tak la kan lulz)

Pukul 8 lebih gitu ke pukul 7 lebih, siap-siap dan bersarapanlah kite.

tengah tunggu sarapan siap i guess

Pagi ni sarapan roti bom dengan kari ayam semalam kalau tak silap. Tapi aku tetaplah nak makan roti dengan peanut butter yang ade kekacang kasau tu dengan jem stroberi. Gedik tak? Kesssaaaaah lulz. Eh tetibe rasa teringin sangat pulak nak makan pinat bater :( (jengah purse sobsob)

Kemudian apetah kitorang buat? Pelayaran pun bermula sebab nak park tempat lain, pastu kene naik bot kecik untuk ke perkampungan Orang Asli.

macam biaselah, posing selagi bole





"ini lauk tengahari kite kang"


dah sampai tempat parking!

Dari tempat parking nak ke perkampungan Orang Asli tu amek masa brape lama eh.. Setengah jam? Kurang? Tak ingat. Tapi yang pastinye silelah pakai sunblock. Huhu. Bagaimanapun, sebelum ke kampung tu, kite singgah jap tanah besau untuk beli jajan - nak bagi budak2 kat situ.


kaki lupe nak ubuh sunblock, so kite block dengan beg


hok ni perkampungan orang asli kristian

kite gi perkampungan orang Islam


menyapa Tok Batin. tak nampak lak dia dalam ni


sesi serahan jajan untuk adik2 genuine

kucing yang bising. teruja kot tengok orang datang :)


menjemur menatang solar ni untuk kegunaan malam la kot. sumpit tu bukan sumpit letrik eh



itik mengeram. cik baba jatuh dalam parit, cik aminah ketawa jerit2

buah ape ni? bole makan ke? (orang kata buah ara)

sakit kot kaki dia ni, kuku keluar sendiri takleh masuk. bile sentuh kucing jadi cranky. sian ia..



matematik penuh misteri..

Balik dari sinun, terus ke boat house lah nak lunch. Tapi sebelum tu, singgah sebentar di Pulau Tali Kail. Saje singgah ongkate..





tempat ni sesuai kalau nak buat team building. minimum 30 orang kalau tak silap sis.



Setel. Baliklah. Bersedia untuk lunch dan solat zohor. Tak sempat nak amek gambo makanan sebab.. malas nak kuarkan kamera hahaha! Lauk sedapppp menjilat lantai!

Sebelum meramboskan diri, weols bergambaulah!

dengan another grup dan krew kapal (gituuh). mekasih semorang! 


jejak kaki di darat dalam pukul 2 lebih kot
Gambau banyak tapi malas nak up bebanyak lul! Sekian pengembaraan kali ini. Bertemu lagi di lain masa ya :)

No comments: