Thursday, June 02, 2016

1005 : Gath Memuah Pra-Ramadon

tetibe letak pic Jepun lolz

Salamz! Cadangnye nak update sebelum masuk bulan Jun, namun kita hanya manusia yang mampu merancang, tetapi Allah jualah penentu segalak. Ni pun time lunch haaa la taip ni. Baru lepas rasa annoying dengan pompan manetah datang opis mintak no tpon opismate aku. Kata kawan tapi no tipon takde pulak. Pastu tergelak2 suara dah la kuat. Dah la semalam aku tengok dia dok bersila depan opis. Macam pompan giler pon ade astaghfirullah sis bersangka buruk. Eh sempat lak mengumpat sepatah dua kata ye. Ok sambung.

So pada 15hb Mei nan lalu, kami ahli persatuan memuah bersekutu membawa mutu pun berkumpul di Seoul Garden IOI Mall Putrajaya. Ini seme demi melunaskan nazam----rrrrr lebaran dak Anul yang nak belanje kitorang kat situ. Alhamdulillah mamat ni kejap kang jobless aku tengok, sekali bekerja nah terus berkeupayaan belanje kitorang yang ramai ini kat SG. Ko mampu? Mestilah. Aku je yang belom mampu setakat ni kehkeh

Pihak yang terlibat adalah Anul sekeluarga, Wafa sesuami, Ena sekeluarga, Aima sekeluarga, aku sekeluarga kahkah keluarga aku adelah Anne dengan Zona, Jard seberadik serta Kapten sepersalinan. Ramai tuh! Opkos we miss our Mat Yiyis, Mat Epol dan sis Bellan dearly gituh. Dilunaskan kerinduan dengan memakan kopi beef secara rakus.

fiya yang behave krik krik gituh. aku suke baby yang tak takut orang. eh sape je yang tak suke ye tak lolz



ni sume kamera Anul la ni kanmain cerah berseri lagi hah


ni meja sebelah. kemain kusyuk dan tawaduk Kapten membaham
guna hp aku tengoklah gambo, sedeh kalernye
kalau orang dok kata Jard makin kurus ke ape sebenarnye aku tak pasan sangat sebab acik ni kan suke pakai baju besau2. tapi tang gigi tu yessssss.. dah bukak pagau, nampak lain muka Jard. omey!


Aku ni walaupun perut berkapasiti lori namun hakikatnya muatan yang mampu diangkut tidaklah setanding. Aku try la jugak makan banyak tapi tu arrrrr takleh. Namun begitu puas hati dapat makan kopibif dan cikenbif banyak2. Eh kopibif tak dapat makan banyak sangat sebab entahlah kenape daging macam keras (sebab tak reti masaklah! hahaha) lantas nyaris2 aku tercekik. So makan sayo brokoli, mushroom sebanyak mungkin dan ape lagi eh. Eh eskrem aku tak makan eh. Apsal why why whyyyyyy

Oh ye lagi satu sebab aku tak dapat nak makan banyak adelah... sebab aku tak birak lagi aritu hahahhahahahhahhha

Apepun mekasih pada pihak penaja, pada pihak yang mendahulukan tajaan yakni Wafa Enterprise, dan semua yang hadir. Semoga murah rejeki memasing dan diberkati setiap sen, insya Allah. Sis berbahagia sekalik pada hari kejadian, alhamdulillahhhh

Apa lagi next? :D

No comments: