Monday, August 08, 2016

1010 : Takut nak kawen ke?

Sabtu aritu sambil sarapan, berboraklah aku dengan abang n kak ipau. Isu berlegar tentang keganasan rumahtangga and so on. Atas pengalaman kekawan memasinglah. Kawen sebab cinta pun kene pukul, kawen dengan orang baik pun akhirnya tak kekal bla bla bla...

"sebab tu lah gaknye orang-orang bujang macam ko takut nak kawen kot", kata abang aku.
aku diam. sambil berpikir2.
"ke tak? tak jugak eh"
"tak kot... "

Kalau cite takut nak buat begini sebab nanti jadi gini, payah gak eh. Takut naik ketebang sebab takut terhempas, padahal bukan hari-hari ketebang terhempas. Kete yang hari-hari eksiden pun orang naik jugak, ye tak?

Takut ke aku?

Takut terkawen dengan orang yang salah tu ye lah gaknye. Sape je tak takut kan. Ko tak seram ke kalau dapat laki yang sebelum kawen kemain baik lagi, alih-alih lepas nikah terus berani naik tangan kat ko. Seramlah. Walaupun aku rasa MEBI aku berani je nak balas balik, cumanya tatau lah kalau jadi tu skali dia knock down gua terus KO tak sempat balas (nauzubillah). Mestilah takot. Bukan takot kat orang tu lah. Takot keadaan tak memihak pada aku je.

Tapi.

Takyah la kot fokus kat kes-kes rumahtangga yang berantakan. Beribu2 lagi rumahtangga yang bahagia tu kan ade untuk dijadikan contoh. Seronok je tengok mana yang best tu. Gi travel sesame, masak sesame, gi terawih sesame, balik kampung sesame - semua yang konsep tugede-gede tu lah bestlah semuanya. Opkoslah juga di sebalik kegembiraan tu bukan semuanya gembira, tapi etlis peratus gembira tu lagi banyak - so ok la tu.

Dah tu, kenape tak kawen lagi?

Entahlah. 


Aku rasa aku tau kenape. Tapi kita simpulkan saja bahawasanya aku belom ketemu lagi orang yang aku suka dan dia suka aku dan mahu kawen dengan aku yang membawa erti mahu meminang dan betul2 memperbinikan aku dengan sesungguhnya. Yang sedia ada hanya ada salah satu atau dua atau tiga daripada senarai tersebut. Nope. Takleh.... Kene ade semua baru boleh jadi.

Gituh.

No comments: