Wednesday, September 14, 2016

1012 : Macam tu rupanya perasaan dilamar :)

Salam! 

Sebelum den sambung, nak cakaplah sebenarnye mimpi ni terjadi lepas semayang subuh. Aku kan suke tido lepas subuh HAHAHAHAHA mampos pangai terhape2 bile la nak berubah hmmmmm

So kisahnya aku dengan kekawan sekolah yang kamceng berlima tu pegi la jenjalan (pada awal cite tu lah). Lepas tu tetibe pulak aku dah ke tempat lain yakni pegi U kot. Ke kolej tah? Tapi tempat belajau le. Pegi dengan Kakak Ostajah. Pastu masuk kat area  lobi ke apetah, bukak je pintu kebetulan ade sorang senior (dalam cite ni la) lelaki kebetulan tengah main kejar-kejar (????) dengan kekawan dia dan lalu kat situ. Sekonyong dia ternampak kakak ostajah, terus dia berenti. Nak ngorat lettew. Aku pulak macam terkejut sebab kisahnye aku ni suka dia laa tapi aku pun tak tau gituuhh.

Pastu tah mamat ni macam tau kot aku ada rasa bitter di hati, dia pandang aku pastu macam kuar stetmen yang seolahnye nak kata dulu dia try aku, aku takmo. So sekarang dia nak try kakak ostajah. K fine aku pun gelak2 jelah - gelak bitter. haahahahaha. Terdengar laa dia tanye kakak ostajah skolah mane la ape sume. Aku plak dok tepi tingkap usha orang yang lalu lalang.

"haih takkan la sampai nak try apek cina tu kot" kata mamat tu
aku gelak je "tu laaa kan. punye la frust, asal boleh je janji dapat"

Ops.

"haa dah macam ni baru nak mengaku suka abang" katanyeeeeee. Time tu aku diam jelah sebab kiranya aku pun tak sangka yang aku suke mamat tu. Lantas tersedih la dalam hati menangisi jodoh yang akan berlalu pergi - lagi. Huhu.

Tengah aku dok layan hati yang berlayar lara ni, tetibe mamat ni dok sebelah aku. Pegang tangan aku kat area pergelangan tangan tu - pegang lembut jelah bukan genggam tu. Aku diam jelah pulak, mebi sebab lara di hati tak koser nak bereaksi kot. Pastu aku tengok dia keluarkan jam tangan aku. Aku ni di alam nyata kalau amek wuduk ke ape, aku bukak jam tangan tu pastu cincin aku selitkan kat jam tu. Paham eh bole bayang eh. Bila tengok jam tangan aku ade kat dia, aku macam ehhh cemane pulak bole ade kat mamat ni. Watever gua tengah tacing ni.

Memandangkan aku dah nampak dia pegang jam tangan aku, aku expect dia nak pakaikan la kot? Sejenis gesture untuk memujuk la agaknye. Aku malas nak perati dia pakaikan jam tu so aku melemparkan pandangan ke luar jendela gituh. Tetibe jee.... Pling pling plinggggg

Dia keluarkan 3 bentuk cincin. TIGA eh. Pelbagai design pulak tu hahahha! Pastu dia sarungkan kat jari hantu (motippp) tapi tak lepas (motiiipppppp). Aku cabut balik pastu sarung kat jari manis. Alhamdulillah le muat tapi cam longgar sket - amende lu sembang ni saiton kalau dah longgar tu tak muat leee lolz. eh ke kalau tak muat tu maksudnye ketat? eh lantaklah.

"betul eh kat sini?" tanye aku sambil tunjuk tangan aku kat dia. Dia senyum. Dia kata dia dah lama nak bagi, tapi sebab aku macam... ko tau ke pangai aku di alam nyata ni? Aku memang bole je berkawan dengan lelaki tapi nak going deeper tu bukan semorang boleh pegi. Deeper ke dalam hati lah!

Pastu aku macam.. eh betul ke ni?

"abang Wan ni betul ke nak bagi kat orang cincin ni?" kata aku sambil pegang bahu dia. Ambuoih. Sibbaik mimpi.
Beliau menghela napas panjang. "abang memang nak bagi Ctah.. abang tak kisah walaupun jodoh abang ni hitam." 

Pastu aku nanges. Dan terjaga. 

Sekarang ni aku tengah tak paham yang ending tu. Aku nanges sebab terharu keeee ataupun sebab mamat tu kata aku hitam? Cilake betul tunang aku ni. Tahukah dia hitam tu menawan? Racist! #tetibe

   ---------------------------

Aku ingat lagi weh muka mamat tu. Macam penah nampak je di alam nyata ni. Sape tah? Aku rasa macam ade iras Aie kumpulan Spider tu tapi abang Wan ni tinggi lagi sket. Muka nakal-nakal bila senyum. Kulit takde la putih mane pun, sedap je kata aku hitam phuiiik. Tapi kalau di alam nyata ni mebi aku tak taste kat dia la kot, cumanya masa dalam mimpi pagi tadi macam rasa... boleh laa.. Likeable. 

hah macam muka Azahari (belah kanan) pun iye

So persoalannye sekarang. Di manakeh Abang Wan saye??? Maneeeeeeeeeee

2 comments:

Mya said...

apa niii kita terlibat dalam mimpi awakkkk

Masy said...

ini bukan kemahuan fikiran saiaa sisturrrr hahaha