Tuesday, September 27, 2016

1013 : Redang Trip dengan kekawan sis - hari ketama dan kedua

Salam sis and bro! 

Dah sebulan trip ni berlaku (?) baru ni ha hegeh2 nak update. Sekarang ni macam malas2 kan nak update blog. Sebab rasa macam takde orang baca ke apetah. Tapi bukankah bagus macam tu, ni kire macam diari la ni hihi. Teringat pulak laa kan ade sorang blogger yang femes katanye tapi aku tak kenal pon cakap orang yang tulis blog takde tema or takde fokus nak kutip duit melalui blog ni kirenye syok sendiri. Like hekeleh. Oklah tu syok sendiri daripada syok kat kau! 

Tetibe emosi. Hahahahahahaha!! 

Ok sambung.

Pada 25 - 29 Ogos yang lalu, aku dan kekawan telah bersepakat untuk bercuti-cuti mesia ke Pulau Redang. Well this is not my first time pon, tapi takpelah. Punyelah taknak ketinggalan, tu yang ikut gak tu hehe. Up gambo jelah. 

Btw perbelanjaan iols untuk bercuti (sahaja) adalah:

tiket ketebang = RM45 return
bilik termasuk pakej snorkeling = RM300 ke 350 eh lupe dah
sewa kete (sekepala) = RM.. errr lupe. 70? 50? 30? lupe!

25hb tu flight kitorang dalam pukul 3 kot gitu. Sampai KT dah petang. Memang saje nak sampai awal supaya esok bole gerak pepagi gitu. Check in, gi makan kat foodcourt sebelah je, takde kete pun nak gi jejauh hihi.

26hb bangun sesubuh dan bersiap. Nak kejau (bukan le kejau bebetul) feri paling awal.

tiket-tiket yang diperlukan

pukul 8 lebih gitu, naik feri. perjalanan 2 jam kalau tak silap sis. aku ape lagi, tido ah. dah abes tido, naik atas pulak

dah nak sampai darat

kitorang dapat bilik yang mengadap pantai gini. masya Allah sedapnye mata memandang, sedap lagi mata yang tido malam tu wakakakaka

stay kat Redang Lagoon - tempat sama gak macam masa aku pegi dulu. biliknye ok la tapi toilet dalam bilik tu cam sedih pilu-pilu sikit
 Petang tu lepas lunch, kitorang gi snorkeling lah ape lagi nak dibuat kan.. hehe

mestilah posing kat boyan





saje la nak cakap gak. aku period masa ni, baru jugaklah hari seken ke third tah. tapi sebab aku ni pelik sket, makanya hari third tu biasenye baru nak heavy flow. memula macam taknak snorkeling je tapi ntahlah ku tak sanggup melihat hahahaha! sibbaik takde jerung

gamat aneh berjurai2 yek

takpe.. bukan aku sorang je yang period masa ni akakakakaka

dah setel snorkeling. time ni dah rasa pening kapla, macam mabuk laut lak adeh

Balik bilik, mandi mandi, baring jap.. Pastu tetibe member datang bawak asam. Alaaa so asam sweet sangattt. Aku pun ngap ngap pastu plingggg dengan izin Allah, alhamdulillah ok :)

Kot tak rugilah sis. Dah la malam tu BBQ. Hihi

rasa macam dah awal dah kuar, rupanya ramai dah start makan pun. cehhss

BBQ kat sini aneh sket, memang bertemakan kau yang nak makan kan? kau panggang sendiri. So kitorang dengan masyarakat yang lain pun bersosial laaa demi nak bakau haiwan2 sekelian. Takde la konsep datang lalala pastu tau nak cekik je lol. Ade jugak grup yang datang lambat sket, memang semua dah setel. Takziah bro.

aku aim sotong je, yang lain tu biase2 je keinginanku hii


bergilir2 pls

Malam tu takde buat apelah pun. TV pon takdak untuk ditonton. Makanya lepak borak-borak(lahsangat) pastu tidoooo. Aku dengan Liana dok loteng so memang lazatlah tido. Aku la. Dia takleh tido katanye hahahahaha

Next!

2 comments:

zonaku said...

lorr... agak2 seswai x mencari jodoh mlm tu? ke korang mencari mknn je?

Masy said...

sesuai je tapi sebab bz nak merebut tempat bbq so tak sempat hahahaha