Tuesday, October 04, 2016

1014: Redang Trip dengan kekawan sis - hari ketiga

Hari ketiga ni merupakan hari terakhir lah untuk snorkeling segala. Sebab esoknye tu tak kosek ah nak bawak baju basah kan. Koser!

So pagi tu lepas sarap, weols pun get ready jelah nak gi snorkeling. Hari ni menyenorkeling area taman laut sanun. Let's go girls and boy!


aku yang tak reti berenang ni jugak yang nak dijadikan sandaran. matilamaknak hahahaha






Berape jam eh kat sini, lupe dah. Pastu masa nak balik resort, skali bot rosak daaa hahahahha! Lama tak lama la melepak dalam bot tu. Setelah pelbagai cara digunakan tak jalan gak, terpaksa la kitorang naik bot lain. Masa nak bertukau bot tu dak cecek siap tergelincir sebab ombak kuat, sibbaik tak jatuh dalam laut hmmm tapi tu lah, kaki injured jadinye.


Balik. Lunch sepam. Lekleklu tido seround kat gazebo kahkah petang tu sambung snorkeling tempat lain lak.Kali ni cecek dengan liana tak ikot. Liana tu memang jiwa dia nak lepaaaak je. Kuaser tau! Makanya hanya aku, esah, rozan dan asbennye jelah yang pegi sesi petang tu.

segrup lelaki yang agak yummy. rupenye semua org dalam tu adelah pelakon, model, fesyen designer, pengacara. patutlah macam aneh je lol

cubaan sis nak selfie dalam air tapi kepala takmo masuk dalam air







ni time lepas lunch ni, malas nak alih ke atas.

Balik dari snorkeling, dak cecek n liana kompang kata pantai belah ujung sanun best. Aku pun memang cadang nak ke sanun gak dah alang-alang basah ni kan. So weols pun pegilah ke ujung sanun.. Area Laguna Beach Resort kot eh tu. Ye kot. Pantai dia ok la.. Tapi pasir halus giler abes masuk dalam suar poket suar segala celah la dia masuk. Pastu banyak arwah karang terdampar tepi pantai, makanye ko takyah feeling2 model nak jalan tak tengok bawah eh. Hahahahah

memula lepak kat belakang tu sebab banyak ikan, cetek lak tu. skali datang segerombolan family ni hijack pulak. memandangkan dorang ade goggle dan roti, makanye takpelah. dorang lebih relevan untuk stay kat situ :)


acik tu kemain eksaited panggil family dia, last-last dok berebut goggle dengan anak. hahahahahha

tak jadik



bersepah karang. cantek memang cantek dalam pic, kalau terpijak lagi cantek sis. berbatik kaki kau

ni ikan2 yang ade kat pantai nan cetek tu. mekasih la untuk acik tu bawak roti, bole aku snap pic ni hihi












tengah berendam tu bole pulak terbau bege ramli. aku rasa kedai ujung ni kot tengah masak bege. siot betul

kawasan berkubang weols dari pandangan burung


Balik bilik, mandi siap-siap segala. Cas henpon, sidai baju, aku start la packing sket-sket mane yang boleh. Lepas maghrib terus gi makan. Lepas makan tu memandangkan kebosanan takde wat mende, hempon pon batt cam kimK, so aku ajak Liana jalan-jalan lalu kat kejiranan resort hehehe. Kakak ipau aku pulak wasap soh tengokkan pakej Laguna tu so oklah. Jom sis!

Sebelah resort kitorang is Redang Beach Resort. Happening gak, ade band pe sume walaupun dia nyanyi lagu cina. Crowd pun ramai, ambience is good. Ewah. Pastu kite ke seberang pulak yakni ke Laguna. Besarnye bangunan.. Ramai jugak. Ade band jugak walaupun masa kitorang sampai tu takde sape layan sebab semorang tengah sebok dinner hahahahha! Aku terus gi kat reception, amek flyers pastu blah. Tapi memandangkan dah sampai kat situ, ajak ah acik ni round kat area bilik-bilik dorang. Bestnyewww ade sumingpul! Berbaloi tak gaknye satu malam RM500++ skali dengan pakej? Gulp.

sebelum balik ke tempat asal, lepak jap kat Laguna. nampak tu meriah tak meriah. tempat makan pun dua tingkat. hmm

dan kami hanya mampu menempel di sini snap gambo lampu je.. hehehheheh

Setel! Balik bilik sambung kemas-kemas sambil borak dengan teman setilam sambil belek broucher LBR. Eh aku tak tunjuk lagi kan tempat tido weols. Ah esoklah. Hahahahah. Aku rasa malam ni la yang aku tengah tido beriye tetibe Liana bungkas bangun terkejut haku! Dia kata macam ade tikus masuk bilik like whattttt kite dok tingkat atas ni ade tikuskah? Last-last aku soh dia sumbat je lubang kat pintu beranda (pintu tu kunci tapi ade lubang kat bawah) dengan plastik jajan. Dan aku sambung tido dengan tenang. Tenang gilerrr bunyik desiran ombak gituh.

Good night, Redang. Bisik hatiku. LOL

Bersambung!

No comments: