Monday, October 17, 2016

1015: Redang Trip dengan kekawan sis - hari keempat

Salam!

Memandangkan semalam tak terbangun awal pagi, makanya hari ni kite bangun awal gilerrr.. Pukul 6 pagi aku dengan Liana n Esah dah kuar nak tengok sunrise. Kihkoh. Hp aku bongok so takdelah aku bawak kuar. Nak snap pic sume pakai hp dorang. Kejap aku snap, kejap dorang snap. Tapi idok le sunrise tu kuar awal tu kan.. dalam pukul 6.45 gitu kot baru nampak bebayang.

Layan pic!

cak guncaaaak


ini nak dekat pukul 7 kot



weols yang gigih







tak pasan pulak mendalah ni malam tadi. yelah tak lalu. gaknye malam ade lampu kot. co cuwit


dah macam pasar malam serabotnye imej aku, gi matih haha

Lepas snap snap pastu adegan kene prank dengan Rozan yang mentanam selipar kitorang dalam pasir - geramnye akuuuu sibbaik aku tak carutkan hahahhha - kitorang gi sarapan terus. Balik bilik, mandi dan bersiap... Nak naik feri ke bot tah pukul 11 pagi.

ni le tilam ai dengan Liana beradu dua malam. best wooooo aku tido tak gerak2 ngadap dinding kata Liana

tinggi tau
rupenye yang Liana kata tikus tu tupai lah. kemain banyak tupai. gigit kang
tengah tunggu pengangkutan air
Sampai kat jeti KT beberapa jam kemdian. Letak beg sume kat Pos Msia (ehem ade kabel bole la buat) pastu gi pasar payang jap. Nak lunch pastu nak soping sket supaya lepas dah cek in hotel takyah patah balik gi pasar.

Aku makan ape eh kat sini. Bihun sup ke? Dah la bebudak ni tak makan perut lembu, bertimbun jadinye lauk aku kihkih.

lepas makan, cari kain sutera lew sis. dorang laa.. aku beli kopok je kat sini hiks
Konon nak naik teksi dari Pasar Payang tu. Masalahnye.. aku rasa kalau aku jadi pakcik teksi pun, koser laa nak angkut. Bukan jauh nau pun. Terasa jauh tu sebab semorang dah penat hangkut beg dengan hasil sopingan, dah la panas terik namatey. Kahkahkah. Tu pun nasib baik pihak majlis dah start pasang bumbung kat laluan pejalan kaki. Masa ni lah ko terasa besarnya rahmat yang Allah kurniakan dalam bentuk tersimple. Makasih ya Alloooooh!

Sedang semorang kepenatan mengheret tubuh, aku ternampak pulak Pappa Rich. Eh jomlah minom, penat ah! ujarku. Dan disambut mesra oleh mereka semua. Yeaaayy

selain rahmat dalam bentuk air apetah namanye yang macam soda herbs tu, rahmat jua dinikmati dengan adenye ekon dalam kedai ni. thankss

Dah sambung jalan. Sebelum cek in hotel aku cek in farmasi dulu. Pastu baru naik bilik. Kali ni bilik asing pulak tak dapat bilik berempat. So aku dengan Liana sebilik lagi. Tutup lampu lepak lepak kasik sejuk badan siap berak dulu in between - layan pulak movie. Petang tu kitorang turun sebab nak beli sesuatu..

teruk dah hempon sis. dak Cecek plak bile tengok, dia pun terguda. lantas dia pun beli. ni aku beli guna duit dia dulu. tapi awasss.. aku tak mintak tau, dia offer pinjam meminjam ni. takpe lagi dua bulan aku dapat duit kutu, akan ku lunaskan sepenuhnya! thanks sisss

gigih!
Malam tu kitorang dah dapat kete sewa, makanye merempit lah cari kedai makan jauh sket konon. Jalan punye jalan akhir weols ke kedai Adeq Sue Ikan Bakar. Aku tak snap ke eh gambo kat sini, lupe dah. Aku order ape pun tak ingat jugak. Yang penting bukan ikan bakarlah. Hahahaha. Ujan lebat pulak masa tu. Ok takde kaitan.

Balik hotel, singgah beli mineral. Lepak tengok tv dan tido. Esok nak gerak pukul 7 pagi. Ke manakah weols? Nantikan di episod akan datang..

Bersambong emma maembong!

2 comments:

HEMY said...

first pic macam keri..tp lagi skeri

redang lagoon masih ada yg malam apa ntah eat all u want bbq?

Masy said...

anul,
hahaha

ye ade, aku dah cite kat entry hari kedua