Tuesday, October 18, 2016

1016: Redang Trip dengan kekawan sis - hari last!

Salam!

Memandangkan flight kitorang adelah malam, makanya siang ni bole la ronda-ronda lagi. So pagi ni bangun awal dan bersiap untuk bertolak pukul 7 pagi. Nak ke mana?

Ke Kelantan lah kite!

Rozan la ni nak sarapan kat KB sanun. Apebende yang dia teringin tu aku tak siasat lah, lagipun laki dia drive so aku ok je hahaha. Sepanjang perjalanan tu.. most of the time aku tido kot. Yelah bila berjaga asek nak tengok tpon je, tpon dah la kaput. Tipon baru tak cas lagi so takdelah pakai. Pukul brap eh kitorang sampai kedai tu.. Nak dekat pukul 10 jugak kot. Hahahah perot aku dah meraung ni.

Dia nak mamam kat Kedai Kita, nak makan roti titab katanye. Aku dengau nama roti tu terguling2 perot aku kelakau nau rasanye hahahaha titab titab macam pelat je. Oleh kerana Rozan kata roti tu adelah specialty kat sini, aku pun orderlah jugak tanpa mengetahui cemane rupa parasnye. Sekali sampai..


Roti telur yang aneh. Apsal ade kaya atas tu, apsal kene makan sekali. Aku ni dah la kenot eat telo gitu kalau takde kicap, skali kene makan pulak dengan kaya. Masya Allah seswatuuuh. Rasa dia nak kata takleh telan, tidaklah. Tekak aku kan so far alhamdulillah terima saja. Tapi untuk ulang makan lagi mende ni memang taklah. Hahahaha! Eh tapi kan, roti tu sedap ok. Maksud aku kalau dia hidang roti tu saje, memang sedap. Terasa planta nye sedap hoi, dah la rotinye gemok.

Yang bawah tu pulut sambal katanye. Aku gigit, terus tenung - mana sambalnye tah? Pastu Rozan eksplen, kat Kelantan sambal tu sebenarnye serunding. Laaaaaaa haulawala... Hmmmm k.

Lepas sarap, kitorang terus shoot ke Pasar Siti Khadijah. Aku konfiden je jalan-jalan kat situ bawak RM60 je. Memang takde niat nak soping dan tak bergaji lagi pun masa tu sobs. Memula beli kuih..

oleh kerana aku nak snap pic ni, aku pun beli la kuih kat acik tu. Kuih ku singgit 3 ketoi. eh ye ke 3. eh ke aku beli RM2. ntah.

Naik atas gi jamban dulu. Pastu saje nengok Rozan soping tudung soping kain. Aku tengok tudung bling bling macam rugi lak tak beli. Oklah beli satu. Pastu lepaaaakkk... tertengok pulak kain kat patung. Alamak berkenannye. Siot lah. Tapi aku senyap jelah. Sekali Rozan bersuara.. "takpe citah, pakai duit orang dulu la. rugi kalau tak beli. kat KL camni RM80 okeh". Eieieieieieieieiei oklah, ameklah satu. Dah amek satu, eh eh kaler satu lagi ni pun cantek gak. Tengah aku dilema nak memilih, Rozan sambung lagi "amek jelah dua-dua dah alang2 tu. kan dah kata pakai duit orang dulu". Eieieieieieieiei akhirnya yeaaaahhh tak pasal-pasal RM80 dua pasang kain berhutang. Hahahaha

Dah setel kat situ, kitorang shoot ke AEON KB pulak. Kahkah macam kat sini takde AEON kan. Eh sukatilah. Sebenarnye kitorang ade tempah kek kat sepupu dak Cecek kat KB, so nak jumpe makciknye amek kek kat situlah. Kek untuk birthday girl Rozan dan birthday boy suaminye kihkoh. Ayoh!

we wuz here

happy bday gais! moga dikurniakan rejeki yang melimpah ruah dari pelbagai aspek kehidupan. ambuoih ucapan dah macam nak anto report lolz


mekasih makcik pakcik anto kek :)



Esah pun dapat jumpe rakan sekerja AEON kat sanun. suke takkkk (tapi takde la gambo kawan dia dalam ni hiks)

Dah setel makan, solat and birak (akulah tu hahaha), kitorang terus shoot balik Ganu le. Ade satu keinginan aku belum berjaya dilunaskan, jadi masing-masing sedaya upaya berusaha merealisasikan impianku. Masya Allah thanks Allah for this kind of friendship I tot I'm not worth having it ape aku merepek ni hahaha. Terharulah saye! 

Ke Warung Pok Nong la kite! Aku nak mamam sotong goreng tepong. Sotong sotong sotong. 


muka terharu

kaki yang cedera semasa di Redang
tapi kan. aku masih lagi tak reti makan telo sotong. macam yek je.

Semua skali brape eh aritu. Lupe dah. 

Dah abes makan, tengok ade masa lagi so kitorang decide lepak jelah tepi pantai. Selfie selfie membuang masa. Tak jejak sampai air sanun, kang basah pulak.






Setel posing, teruslah shoot ke airport. Sementara tunggu cek in, cas kejap hp kat tiang. Dah masuk, skali flight delay. Takpelah redo. Sampai KL pukul 11 jugak kot. Amek kete kat Putrajaya, terus shoot balik Shah Alam. Lagi satu masalah aku ni, mesti sesat kalau nak balik Shah Alam dari Putrajaya. Ntah apsal tah. Kali ni sampai ke Sepang peginye. Sibbaik familiar jalan kat situ. Dah laaa malaaaaammmm.. sakit perooooot. Adoyai.

Apepun alhamdullah sampai Shah Alam sebelum pukul 1. Esok nak keje!

Sekian. Tamat pun hehehehe

 <3 p="">
pic yang menjadi kutukan hahaha

Monday, October 17, 2016

1015: Redang Trip dengan kekawan sis - hari keempat

Salam!

Memandangkan semalam tak terbangun awal pagi, makanya hari ni kite bangun awal gilerrr.. Pukul 6 pagi aku dengan Liana n Esah dah kuar nak tengok sunrise. Kihkoh. Hp aku bongok so takdelah aku bawak kuar. Nak snap pic sume pakai hp dorang. Kejap aku snap, kejap dorang snap. Tapi idok le sunrise tu kuar awal tu kan.. dalam pukul 6.45 gitu kot baru nampak bebayang.

Layan pic!

cak guncaaaak


ini nak dekat pukul 7 kot



weols yang gigih







tak pasan pulak mendalah ni malam tadi. yelah tak lalu. gaknye malam ade lampu kot. co cuwit


dah macam pasar malam serabotnye imej aku, gi matih haha

Lepas snap snap pastu adegan kene prank dengan Rozan yang mentanam selipar kitorang dalam pasir - geramnye akuuuu sibbaik aku tak carutkan hahahhha - kitorang gi sarapan terus. Balik bilik, mandi dan bersiap... Nak naik feri ke bot tah pukul 11 pagi.

ni le tilam ai dengan Liana beradu dua malam. best wooooo aku tido tak gerak2 ngadap dinding kata Liana

tinggi tau
rupenye yang Liana kata tikus tu tupai lah. kemain banyak tupai. gigit kang
tengah tunggu pengangkutan air
Sampai kat jeti KT beberapa jam kemdian. Letak beg sume kat Pos Msia (ehem ade kabel bole la buat) pastu gi pasar payang jap. Nak lunch pastu nak soping sket supaya lepas dah cek in hotel takyah patah balik gi pasar.

Aku makan ape eh kat sini. Bihun sup ke? Dah la bebudak ni tak makan perut lembu, bertimbun jadinye lauk aku kihkih.

lepas makan, cari kain sutera lew sis. dorang laa.. aku beli kopok je kat sini hiks
Konon nak naik teksi dari Pasar Payang tu. Masalahnye.. aku rasa kalau aku jadi pakcik teksi pun, koser laa nak angkut. Bukan jauh nau pun. Terasa jauh tu sebab semorang dah penat hangkut beg dengan hasil sopingan, dah la panas terik namatey. Kahkahkah. Tu pun nasib baik pihak majlis dah start pasang bumbung kat laluan pejalan kaki. Masa ni lah ko terasa besarnya rahmat yang Allah kurniakan dalam bentuk tersimple. Makasih ya Alloooooh!

Sedang semorang kepenatan mengheret tubuh, aku ternampak pulak Pappa Rich. Eh jomlah minom, penat ah! ujarku. Dan disambut mesra oleh mereka semua. Yeaaayy

selain rahmat dalam bentuk air apetah namanye yang macam soda herbs tu, rahmat jua dinikmati dengan adenye ekon dalam kedai ni. thankss

Dah sambung jalan. Sebelum cek in hotel aku cek in farmasi dulu. Pastu baru naik bilik. Kali ni bilik asing pulak tak dapat bilik berempat. So aku dengan Liana sebilik lagi. Tutup lampu lepak lepak kasik sejuk badan siap berak dulu in between - layan pulak movie. Petang tu kitorang turun sebab nak beli sesuatu..

teruk dah hempon sis. dak Cecek plak bile tengok, dia pun terguda. lantas dia pun beli. ni aku beli guna duit dia dulu. tapi awasss.. aku tak mintak tau, dia offer pinjam meminjam ni. takpe lagi dua bulan aku dapat duit kutu, akan ku lunaskan sepenuhnya! thanks sisss

gigih!
Malam tu kitorang dah dapat kete sewa, makanye merempit lah cari kedai makan jauh sket konon. Jalan punye jalan akhir weols ke kedai Adeq Sue Ikan Bakar. Aku tak snap ke eh gambo kat sini, lupe dah. Aku order ape pun tak ingat jugak. Yang penting bukan ikan bakarlah. Hahahaha. Ujan lebat pulak masa tu. Ok takde kaitan.

Balik hotel, singgah beli mineral. Lepak tengok tv dan tido. Esok nak gerak pukul 7 pagi. Ke manakah weols? Nantikan di episod akan datang..

Bersambong emma maembong!

Tuesday, October 04, 2016

1014: Redang Trip dengan kekawan sis - hari ketiga

Hari ketiga ni merupakan hari terakhir lah untuk snorkeling segala. Sebab esoknye tu tak kosek ah nak bawak baju basah kan. Koser!

So pagi tu lepas sarap, weols pun get ready jelah nak gi snorkeling. Hari ni menyenorkeling area taman laut sanun. Let's go girls and boy!


aku yang tak reti berenang ni jugak yang nak dijadikan sandaran. matilamaknak hahahaha






Berape jam eh kat sini, lupe dah. Pastu masa nak balik resort, skali bot rosak daaa hahahahha! Lama tak lama la melepak dalam bot tu. Setelah pelbagai cara digunakan tak jalan gak, terpaksa la kitorang naik bot lain. Masa nak bertukau bot tu dak cecek siap tergelincir sebab ombak kuat, sibbaik tak jatuh dalam laut hmmm tapi tu lah, kaki injured jadinye.


Balik. Lunch sepam. Lekleklu tido seround kat gazebo kahkah petang tu sambung snorkeling tempat lain lak.Kali ni cecek dengan liana tak ikot. Liana tu memang jiwa dia nak lepaaaak je. Kuaser tau! Makanya hanya aku, esah, rozan dan asbennye jelah yang pegi sesi petang tu.

segrup lelaki yang agak yummy. rupenye semua org dalam tu adelah pelakon, model, fesyen designer, pengacara. patutlah macam aneh je lol

cubaan sis nak selfie dalam air tapi kepala takmo masuk dalam air







ni time lepas lunch ni, malas nak alih ke atas.

Balik dari snorkeling, dak cecek n liana kompang kata pantai belah ujung sanun best. Aku pun memang cadang nak ke sanun gak dah alang-alang basah ni kan. So weols pun pegilah ke ujung sanun.. Area Laguna Beach Resort kot eh tu. Ye kot. Pantai dia ok la.. Tapi pasir halus giler abes masuk dalam suar poket suar segala celah la dia masuk. Pastu banyak arwah karang terdampar tepi pantai, makanye ko takyah feeling2 model nak jalan tak tengok bawah eh. Hahahahah

memula lepak kat belakang tu sebab banyak ikan, cetek lak tu. skali datang segerombolan family ni hijack pulak. memandangkan dorang ade goggle dan roti, makanye takpelah. dorang lebih relevan untuk stay kat situ :)


acik tu kemain eksaited panggil family dia, last-last dok berebut goggle dengan anak. hahahahahha

tak jadik



bersepah karang. cantek memang cantek dalam pic, kalau terpijak lagi cantek sis. berbatik kaki kau

ni ikan2 yang ade kat pantai nan cetek tu. mekasih la untuk acik tu bawak roti, bole aku snap pic ni hihi












tengah berendam tu bole pulak terbau bege ramli. aku rasa kedai ujung ni kot tengah masak bege. siot betul

kawasan berkubang weols dari pandangan burung


Balik bilik, mandi siap-siap segala. Cas henpon, sidai baju, aku start la packing sket-sket mane yang boleh. Lepas maghrib terus gi makan. Lepas makan tu memandangkan kebosanan takde wat mende, hempon pon batt cam kimK, so aku ajak Liana jalan-jalan lalu kat kejiranan resort hehehe. Kakak ipau aku pulak wasap soh tengokkan pakej Laguna tu so oklah. Jom sis!

Sebelah resort kitorang is Redang Beach Resort. Happening gak, ade band pe sume walaupun dia nyanyi lagu cina. Crowd pun ramai, ambience is good. Ewah. Pastu kite ke seberang pulak yakni ke Laguna. Besarnye bangunan.. Ramai jugak. Ade band jugak walaupun masa kitorang sampai tu takde sape layan sebab semorang tengah sebok dinner hahahahha! Aku terus gi kat reception, amek flyers pastu blah. Tapi memandangkan dah sampai kat situ, ajak ah acik ni round kat area bilik-bilik dorang. Bestnyewww ade sumingpul! Berbaloi tak gaknye satu malam RM500++ skali dengan pakej? Gulp.

sebelum balik ke tempat asal, lepak jap kat Laguna. nampak tu meriah tak meriah. tempat makan pun dua tingkat. hmm

dan kami hanya mampu menempel di sini snap gambo lampu je.. hehehheheh

Setel! Balik bilik sambung kemas-kemas sambil borak dengan teman setilam sambil belek broucher LBR. Eh aku tak tunjuk lagi kan tempat tido weols. Ah esoklah. Hahahahah. Aku rasa malam ni la yang aku tengah tido beriye tetibe Liana bungkas bangun terkejut haku! Dia kata macam ade tikus masuk bilik like whattttt kite dok tingkat atas ni ade tikuskah? Last-last aku soh dia sumbat je lubang kat pintu beranda (pintu tu kunci tapi ade lubang kat bawah) dengan plastik jajan. Dan aku sambung tido dengan tenang. Tenang gilerrr bunyik desiran ombak gituh.

Good night, Redang. Bisik hatiku. LOL

Bersambung!