Friday, March 03, 2017

1023 : Trip Sejuk-Sejuk Osaka - Bahagian 4

Hari keempat. Hari ni kite semua akan ke Kyoto sanun. Tazaaabaaarrrrrr




muka tengah tahan birak

First stop - kite gi Arashiyama. Info pasal beliau yang ku kutip melalui lebai gugel..
Arashiyama is a district on the western outskirts of Kyoto, Japan. It also refers to the mountain across the Ōi River, which forms a backdrop to the district. Arashiyama is a nationally designated Historic Site and Place of Scenic Beauty.

Nak gi Bamboo Groove. Yihaaaa! Sesampai je kat sana, memang aku cari jamban dulu. Mujurlah ade. Leganye ya Allah.. Tuuuhan saja yang tahu perasaanku.. berperang dengan suasanaaaaaa. Ok sambung.


mekasih kerana menyediakan jamban untuk saye mentinja



eh tetibe kat sini lak pic ni, lantak





Nak menyampai ke kawasan buluh tu korang ade beberapa pilihan la. Jalan kaki pun boleh (seronok jugak sebab sepanjang jalan tu boleh menghayati perkampungan dorang) ataupun naik trishaw macam aku dengan Teha hahahahahah! 

Kenape naik trishaw sedangkan rege dia kemain mahal hawau (lepas convert tu aku kire nak dekat RM80 kot) kalau ko beli subinier ke makan ke ade pekdahnye? Sebab.. sebab teringin lah! Masa trip gi Tokyo dulu aku peratiii je orang naik, kali ni takleh tidak - aku nak jugak. So paham2 lah eh apsal aku tak beli sangat subinier kerana percutian kali ni berkonsepkan me-me-me-it's-all-about-me-my-satisfaction. Sekian penjelasan yang tak perlu pun sebenarnye. Hahahaha

feeling princess sangaatttttt hahaahaha

tempat duduk kitorang tu ade heater kot, terasa panas selesa sangat weh. ku bahagia
Kemdian abam yang kiut ni pun tarik.. sian dia. Aku merasa kesal kerana gemok sebegini dan menyusahkan huhuhuhu. Benti jap kat tepi sungai tu pastu dia snap pic.. jap.. ade tak eh.

yeahhh tengkiu oppa. eh oppa mende. kalau Jepun sebut camne eh
Pastu sambung tarik..






masuk celah-celah kampung haha


Pastu seken stop, dia amekkan lagi gambau kitorang..

siap buat panorama ke atas tu, hebat betoi abang ni! tapi sayang laa wayar tu menyemak kat situh
Bila dah sampai dah bayau pe sume, kitorang pun reunite dengan geng-geng lain dan meneruskan perjalanan.. ayoh!



 








lawa benau gambau ni!
OK done. Ni kalau ubuh gambau mau 12 muka surat ni kang haha! So next location - Kyoto Tower. Tapi... ni lah nak cakap ni. Aku ingatkan kitorang akan masuk dan naik tower tu, rupenye idoookkk.. Amek gambo je kat depan *rolling eyes* i donno why and i dont bother to ask. Lantaklah. Taknak menserabutkan otak selagi bos aku tak memekak. Jadinya kitorang just benti solat kat situ dan makan lunch yang ditapau. Ayoh!

masa dok nunggu tour guide kitorang mengopi, aku macam ade beli sesuatu makanan kat sini tapi tak ingatlah aku snap pakai hempon ke ape, malas nak godeh


dah sampai!


hmmm




tempat solat. oleh kerana kecik, kene semayang bergilir2


tempat amek wuduk. sejooooooooooooooooooook
Kat sini sempat gak la beli kopi tin dari mesin gedegang (vending machine). Sape tah hulur syiling2 kat aku, lupe dah. Mekasih la pada para penghulur sekelian, rasa cam dapat banyak je masa tu hahaha. 

Ok jangan berlengah lagi. Kita nak ke Fushimi Inari pulak! Ayoh!!
Fushimi Inari Taisha (伏見稲荷大社) is the head shrine of Inari, located in Fushimi-ku, Kyoto, Japan. The shrine sits at the base of a mountain also named Inari which is 233 metres above sea level, and includes trails up the mountain to many smaller shrines which span 4 kilometers and takes approximately 2 hours to walk up.
Since early Japan, Inari was seen as the patron of business, and merchants and manufacturers have traditionally worshipped Inari. Each of the torii at Fushimi Inari Taisha is donated by a Japanese business. First and foremost, though, Inari is the god of rice. This popular shrine is said to have as many as 32,000 sub-shrines (bunsha (分社)) throughout Japan. -
wiki
Kitorang sampai sana dah pukul 5 gituh kot. Masa tu pukul 5 tu dah macam pukul 7 malam golap eh. Jom jalan lelajuuuuuu kang dah gelap nak bergambau cemane sistur (tu jelah dalam pikiran ko kan hahhaahha)






naik dua tren kot baru nyampai kalau tak silap ingatan sis

dah sampai!



tapi blom sampai kat shrine tu lagi. jalaaaaaaaan

dah sampai pintu gerbang bawah

ade pasau malam! i likeeee

takoyaki!!! *drooling*

takleh nyinggah takleh takleh

mochi!!!!!! konon nak beli masa balik, skali tutup dah lepas tu sobs nanges sebanyak 4 sungai

ini pun sejenis mochi jugak la kan. alaaaaaaaa sedihnye tak beli sesiap i wanna cry again





Kat sini aku beli fridge megnet seketoi untuk diri sendiri. Aim aku adelah nak beli sebijik fridge megnet di setiap tempat yang kitorang pegi (Osaka, Kyoto, Nara, Kobe). Mahal makanya memang sebijik tu aku punyelah. Hahaha! Banyak pics snap kat sini guna kamera kakak subcon sorang ni tapi dia blom email lagi kat aku sampai sekarang so.. yeaaaaaah lenkali jelah aku up hoh.


tak abes jalan sampai atas sangat pun.. ade yang injured (kakak subcon tu) pastu takut ni kang orang len tunggu2 weols
Masa turun tu, ade lagi la gerai yang masih bukak. So beli la takoyaki (sharing is caring). Pastu Teha ade beli isi lobster cucuk tu.. aku gigit la 2 kali. Hah lepas tu mengidap... nanti lah aku cite kendian. Hehehhe. Tapi dah makan takoyaki tu rasa tak puas pulak rasa nak lagi adoiiii. Kebetulan aku teringat ade satu kedai kecik yang kitorang pass by masa nak naik tu, aku pasan rege dia murah giler. Kitorang pun lari2 la turun dengan harapan moga masih bukak la kedai tu. Alhamdulillah sistuuurrrr bukak lagi. Memang tinggal takoyaki sebekas dengan beef bun seketoi. Beef bun tu makcik tu bagi free je *mata bergenang* tapi kitorang tak makan le sebab keraguan khen.

Apepun syukur alhamdulillah...

sambil tunggu tren, merencana la weols nak buat ape malam tu hehe
Macam biase, geng bujangan sambung berjalan bila dah sampai Osaka. Pegi area Dotonburi lagi ke eh, aku lupe lah. Malam ni kot yang aku aim nak beli Hadalabo memandangkan stok Hadalabo aku dah nak abes sangat (Trivia : tahun lepas pun beli Hadalabo kat Tokyo, jimat weh).

hmmmm nope. ni bukan Dotonburi. Shinsaibashi kot?
Masa dalam tren nak ke sini, kebetulan ade pakcik jepun dok seblah opismate aku. Aku suruh la dia bagi beef bun tu kat pakcik tu. Pakcik tu giler2 insist takmo amek pada mulanya, kitorang balas balik dengan giler2 insist dia supaya amek hahahahahah! Akhirnya pakcik mengalah dan sama-samalah kita arigato arigato sampai sudah. Pastu pakcik tu ntah cakap ape dengan aku tah.. adekah aku kelihatan seperti seorang yang pandai cakap jepon pada pandangan beliau? I wonder *dengau kamus Jepun - BM tengah gelakkan ai guling2*

Hadalabo mission - accomplished! 



melapau lantas belilah ini.. ermm macam custard goreng la gitu

vending machine rokok. kalau baca kat bawah tu katanye ade terma dan syarat la gituh kalau nak guna.. 

yummeh weh!

ade bendera Malaysia :) 
Setel. Balik!

bersambong emma maembong~~~~~

No comments: