Tuesday, May 23, 2017

1034 : Trip Melaka Bandaraya Bersejarah - Day 1

Salam gais! Terkejau2 aku nak apdet hah. Hahaha ok lah sambung pulak dengan trip Melaka awal bulan lepas dari 7 - 9 April nan lalu. Peserta2 sama je - geng Jogja aritu plus Kak Ungku kite nak menyatakan hasrat nak folo. Wegais on jewww

Lepas sesi kutip mengutip dan brekpes di umah Kak Ungku, kitorang pun bertolaaaak~~

gegadis kat belakang. Diman dengan Aciaq kat depan, tak koser le haku nak snap pic dorang hahahahaha

Memandangkan plan asal nak nyinggah Mini Malaysia sudah dikensel, makanya kitorang pun teruslah beli lunch. Mak aku blanje dorang makan nasik arob kat Dima. Ingatkan nak makan kat situ terus, skali dorang tutup daaa sebab nak solat Jumaat. Bole tapau je. Bolehlah, janji dapat makan. Lepas tapau, terus shoot ke hotel. Hotel Euro Rich nama diberi. Kemain lagi hahaha!

sementara nunggu cek in

kami yang terbabit

bilik gegadis. ini katil aku dengan kak Ungku

Ann memilih ruang peribadi. gituuhhh

tengah2 ade tv. malam kedua baru tau bole pusing2 itu papan hahaha

aku nebes je memula nengok pintu dinding kaca ni. tapi ok lah tak nampak bayang

Lunch kat bilik kitorang je, sambil layan filem apetuh.. alaaa lupe dah. Esok Untuk Siapa kot. Setel makan, dorang solat ape sume, pastu teruslah bergerak. Aku cadangkan kitorang setelkan naik Menara Taming Sari dengan River Cruise hari ni sebab esok dah sabtu kompem lagi ramai orang. So marilah kite naik MTS! Aku jakun weh tak penah naik! Wihuuuuuuu #gembirabagaikanpelancong

terkerat lak kepala Aciaq

ni masa beratur nak naik
Lepas naik MTS, dorang masuk Muzium Samudera tu. Eh betul ke namanye tu. Muzium yang kapal tu.. tau laa kan. Aku dengan Kak Ungku tak masuk. Aku tak masuk sebab dah penah masuk, Kak Ungku sebab tak minat huahahahha

masa dok tunggu dorang, posing la sepam

lepas dorang kuar, posing lagi haha

otw nak gi naik cruise, posing lagi. hahhahahahaha

nak beratur naik river cruise pun sempat posing. memang dasar huahaha






Dari area river cruise, sambung jalan kaki ke Jonker Walk. Sambil-sambil tu posing ciked. Sebelum tu ade singgah kedai lukisan ni, kak Ungku n Ann tempah potret gituh katako. Subinier lain sket laa kan..

bukan potret ni okeh

selamat datang mabuhai kawanku



rasa bangga2 ayam gituh menyaksikan keindahan Melaka tanahair sistur yang indah dan bercahaya2 inniew


tak masuk pun




pakcik tengah karok


tak sure senam ke menari, tak pasan

singgah makan asam pedas kat situ. aku amek ayam. tapi tak abes makan pun.. sebab sebenarnye haus namatey

kemain khusyuk para pelancong mentekedarah hahahaha

ni haaa yang aku nak sangat tuh! bile start pasang niat je, berkoyan orang beli mendalah ni lalu lalang depan mata. eieieieieie jengkel! hahaahhaa

Dah abes round, singgah balik kedai lukisan tadi. Balik bilik, mandi2 pastu bebudak laki mai bilik tengok tv sambil beborak. Lepas tu.. tidorlah wahai permaisuri dan permaisura. Esok bersambung!

2 comments:

tiga lalat said...

wahh shantekk gmbr langit blue hour tuu., mesti tgh waktu magrib ni kann., ;p

Masy said...

haah en me.. hehe