Monday, May 29, 2017

1037 : Birthday Trip ke Pattaya - day 1

Salam!

Aku sebenarnye macam kompius nak up pasal opis punye short trip sambil keje ke ataupun nak up pasal trip dengan kakak ostajah ni. Akhirnye seperti yang tertera di tajuk, aku pilih untuk up pasal trip Pattaya ni lah. Huehehhee

Trip Pattaya ni kira lambat gak didecide oleh kitorang sebab seperti dalam entry sebelum2 ni, aku heboh dengan trip Jogja on Jan, kak Mya plak lorat dengan trip India dia kot time tu. Ke Korea? Ah orang kayah-kayah ini! Hahahah! Makanya plan dibuat, nak cari tempat yang dekat2 jelah memandangkan memasing udah kepokaian (ke aku je?). So.. yeah Pattaya it is. 

19 Mei - tarikh kitorang ke sana. Flight pukul 2.30 petang gitu, aku by 9am dah gerak dah dengan komuter - pastu bas. Tunggu kak Mya kat epot terus.

selama hayat ulang alik kat KLIA2 ni, tak penah pasan pun port kat luar gate ni ha. baguslah. sementara tunggu kak Mya sampai, aku tapau makan kat sini

lepas cek in. sape punye minion terlepas ni 
sambung makan kat dalam pulak sementara tunggu boarding
let's go kakak!
Dalam flight tak ingatlah aku tido ke idok. Sesampai di sane dalam pukul 3 lebih kot waktu tempatan. Beza sejam awal dari Msia, waktu solat pun macam tu.

kene naik bas



punye le ramai maknosia, ape dibuat tah kat sini

penat berdiri namun ku gagahi jua
Akhirnya berjaya melepaskan diri. Kuar tu terus ke kaunter van, bayau sorang 250THB pastu naik van. Mekasih la kat kakak BBM kat fb yang bagitau pasal van ni. Kot tak mampuih nak naik teksi hehe. Jom gi hotel!

Kak Mya book hotel yang bertajuk Flipper House Hotel. Lokasi ngam jugak, tak jauh dengan pantai, nak gi massage pun dekat kihkih.

ade minah siam dok kelantan (kot) kat sebelah aku ni, pokpekpokpek bercakap je kejenye. hahaha

dah sampai!


marilah cek in.. tak sabiaq.. panas kat luauuu


bilik kitorangzz

comel je ade gajah menyambut


Masa sampai tu nak dekat asar. Kak Mya plak alih2 migraine. So aku cadangkan kitorang mereput jelah kat bilik dulu sementara menunggu malam. Oleh kerana perut mulai lapau, kak Mya pun order lah room service.

steam rice, telo dadar, sayo campo. aku order air temikai, kak Mya air nenas
Malam tu lepas maghrib, kitorang pun geraklah pelan2.. aku skiplah eh cite terserempak orang gila dan anjing dalam masa yang sama. Dah la dua2 tu fear factor aku huhuhuhu. 

Eh lupe nak cite nak gi mana malam tu eh. Kitorang nak gi tengok The Alcazar Show. Amende show tu? Gi lah gugel. Hahahhahha! Mende ni osmet aku yang sajes. Bagus gak la.. kot tak memang kitorang takde aktiviti amende sangat kot malam tu. Jarak dari hotel nak ke tempat show tu pon tak jauh sangat kot.. 12 minit perjalanan kata encik gugel map.

pinjam pic kak mya, jangan mare
Ramai jugak yang beratur berbondong2. Dua tiga bas jugak. Semua pelancong laa ni. India mari ada, China (?) mari juga ada. Kitorang dah beli tiket online, so pegi kaunter dan kutip tiket saje.

model bangunan

beli tiket biase je, RM60.90 sorang. gulp. depan kitorang tu dah row untuk seat VIP. mahal lagi la tiketnye

ajer giler ramai worang sampai kene masukkan kusi2 biase tu ha


the show!




Oklah not bad persembahan. Bukan dorang nyanyi pun, menari je sambil miming. Dalam sejam jugaklah persembahannya. Eh btw show yang kitorang tengok ni yang last lah untuk malam tu, start pukul 9.30 malam. Dah setel, jom lah balik.

lalu depan HRC Pattaya. aku snap pic gini je, dah tak koser nak posing hahaha
Balik hotel lepak2. Dan malam tu macam biaselah bila bertukau tempat tido ni, aku takleh tido. Kali ni siap pakej sakit perot sakit kepala nak muntah nak birak sume ade. Telo dadar tu oily sangat ke hah i wonder.

Pukul 3 baru le dapat lelap huuuuuuuuuuuuuuu~~

Bersambung emma maembong!~

3 comments:

tiga lalat said...

wahh ade gajah atas katil, sibbaik katil tak patah., hahar2 sawadekap kapkhun khah

Mya said...

waaa dah update!

Masy said...

en me,
amboiiihh gajah tu ringanlah! hahaha

kak mya,
nanti saye lupeeee hahaahha